Dalam kesibukan masyarakat Kg Seberang, Kuala Tatau menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan memborong barang basah di pasar pagi, kelihatan sebuah khemah di Jeti Kuala Tatau yang turut menempatkan para petugas PAS sudah bersiap siaga menanti para pengunjung untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dan edaran kopi secara percuma dalam program Khidmat Kesihatan bergerak anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu. Petugas PAS Bintulu juga mengambil peluang menziarahi beberapa buah rumah di Kg Seberang untuk mendekati masyarakat setempat dengan lebih dekat.

Kehadiran PAS di hati masyarakat dan keterbukaannya dalam bekerjasama dengan institusi-institusi masyarakat dan perubatan jelas membuktikan keseriusan PAS Kawasan Bintulu untuk memberikan yang terbaik dari sudut keperluan dan kebajikan masyarakat. Rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Program yang julung-julung kali diadakan ini tamat pada sekitar jam 12.00 tengahari. Sungguhpun terpancar keletihan di wajah, namun senyuman manis tetap terukir di bibir sebagai tanda kenangan. Untuk petugas PAS, tentunya perjuangan masih menunggu untuk persiapan Pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Terima kasih semua & jumpa lagi!


www.pasbintulu.blogspot.com