SUASANA PASAR MALAM BAKAL KECOH ATAU BERGELAP MALAM INI (14/01/2011)?

MIRI, 14 Jan : Pagi ini pihak berkuasa tempatan (MBM) telah mencabut kabel elektrik yang disambung oleh penjaja pasar malam di Saberkas, Miri. Seorang penjaja telah ditemui berkata, pihak (MBM) telah mencabut kabel serta alat pemasangan elektrik yang diletak pada pokok-poko sekitar tapak pasar malam bertujuan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi. Persoalannya beliau di sini ialah, adakah kotak bekalan elektrik yang telah disediakan mampu menampung kehendak penjaja yang kemungkinan akan mencetuskan kekecohan atau perebutan untuk menggunakan kemudahan tersebut, Masalahnya di sini ialah pihak berwajib hanya bersikap lepas tangan, mengapa tiada usaha yang benar-benar tersusun dan terancang; dengan mengumpul dan dialog bersama penjaja serta taklimat khusus penggunaan kemudahan tersebut pasti akan memurnikan suasana dikalangan pengusaha gerai pasar malam. Selain daripada itu, bekalan paip air bersih dan juga saluran perparitan belum disediakan oleh pihak berwajib bagi pihak peniaga. Menurut sumber lain, rata-rata penjaja masih tidak berpuashati dengan tapak baru yang dikatakan begitu sempit dan amat merbahaya, sekaligus mengakibatkan jumlah pengunjung pasar malam berkurangan dan pasti menjejaskan pendapatan penjaja.

masalahrakyat

Gambar dibawah menunjuk pihak MBM sedang mencabut kabel-kabel eletrik dekat kawasan penjaja Pasar Malam menurut pengirim email.
PS: Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas berita kiriman pengirim email ini sekiranya dakwaan pihak berkenaan tidak tepat tetapi sekiranya benar kami berharap pihak yang berwajib bertindak secara professional agar tidak berlaku sebarang kekecohan di Pasar Malam. Kami dapat email ini dari seorang pembaca yang mengatakan masih lagi ada masalah di Pasar Malam di seberkas yang kononnya sudah selesai tapi masih lagi ada masalah yang belum selesai. Kami berharap pihak yang berwajib serta yang berkenaan tolong selesaikan masalah penjaja tersebut dengan sebaik-baiknya. Gambar yang terdapat dalam email ini kiriman penulis email yang perihatin dengan masalah penjaja pasar malam. Kami bagi pihak Pas dan Pakatan Rakyat bersedia menolong dan peka tentang masalah rakyat walaupun pihak Bn mengatakan Pas dan Pakatan Rakyat hanya pandai membuat isu tapi tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat tetapi pada hakikatnya pihak berkuasalah yang sepatutnya selesaikan masalah rakyat. Insyallah sekiranya Pas dan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk berkuasa barulah kita dapat selesaikan masalah rakyat. Pas untuk semua.