59% penduduk Sarawak dapat manfaat projek Bekalan Air Luar Bandar
BEKENU – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga kini kira-kira 59 peratus penduduk Sarawak mendapat manfaat daripada projek Bekalan Air Luar Bandar. Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan memperuntukkan RM212.18 juta untuk melaksanakan 101 projek membekalkan air bersih bagi 14,000 rumah di negeri itu. “Bagi projek bekalan air luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan telah mensasarkan sebanyak 90 peratus penduduk luar bandar di negeri ini akan menikmati bekalan air bersih pada akhir tahun 2012,” katanya berucap merasmikan projek itu di Kampung Tiris, Bekenu, kira-kira 60 kilometer dari sini hari ini. Mengenai bekalan elektrik pula, Shafie berkata untuk tahun ini sebanyak 2,691 buah rumah telah mendapat manfaat di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar di seluruh negara. “Di Sarawak kita telah berjaya membekalkan elektrik kepada 1,090 buah rumah dan selebihnya masih lagi dalam pelaksanaan,” katanya. Beliau turut menasihatkan penduduk kawasan luar bandar yang baru mendapat bekalan elektrik dan air bersih agar menggunakan kemudahan itu secara berhemah supaya tidak terbeban dengan bil utiliti yang tinggi sehingga tidak mampu dibayar. – BERNAMA
Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.
Perjalanan dari Bandaraya Miri menuju Ke Kampung Usaha Jaya Tukau mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di kampong tersebut terdapat ramai penduduk kampong yang bekerja sebagai petani dan rata-rata bekerja sendiri. Sebelum masuk ke dalam kampung tersebut terdapat sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK Tukau) di luar jalan persisiran pantai Miri – Bintulu. Kalau dipandang dari jalan luar sebelum masuk ke dalam kampong memang nampak indah dan cantik tetapi sebelum masuk ke dalam kampong tersebut kita akan melalui jalanraya yang berturap. Disebelah kiri jalanraya masuk ke kampong tersebut tersergam indah Pejabat SUPP Ranting Tukau. Bermula dari kawasan ini anda akan melihat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan juga jalanraya berturap.
Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut. Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong. Selepas jalan utama yang berturap,jalan untuk masuk ke kampung tersebut hanya di simpan dengan batu dan pasir sahaja. Penduduk kampoing rasa kecewa dengan sikap pihak yang berwajib mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan.
Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’ sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan. Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.
Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi ‘infrastructure’ seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang berturap untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.
Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya. Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.
Cuba lihat dan amati gambar-gambar yang menunjukan keadaan dari perjalanan masuk ke Kampung Usaha Jaya,Tukau yang masih ketinggalan Jauh dari segi infrastruktur yang sepatutnya kampong dalam ketogeri pinggiran bandaraya Miri yang berstatus “Bandaraya pelancongan” sepatutnya lebih moden dan cantik bukan seperti keadaan negara yang belum maju. Bagaimana kita dapat mencapai Negara Maju menjelang Tahun 2020 kalau masih ada ramai lagi rakyat yang miskin??Kemana perginya peruntukan-peruntukan kerajaan untuk memajukan penduduk Kampong seperti Kampong Usaha Jaya, Tukau? Kita minta agar pihak yang berkenaan bertindak segera tanpa menunggu pilihanraya, baru nak bertindak. Kita mahu melihat penduduk Kampong sama sama menikmati arus pembangunan yang total agar hidup dalam keadaan yang selesa dengan peruntukan asas yang telah dijanjikan seperti jalan raya yang berturap,bekalan elektrik,air bersih dan sebagainya. Tanpa bekalan asas seperti ini boleh kah dikatakan kerajaan BN yang pandai memerintah! Kalau sudah tidak mempu lagi nak memberi keperluan asas kepada rakyat bagilah peluang orang lain pula memerintah. Biar rakyat sendiri yang menilai siapa yang sebenarnya pandai memerintah. Kalau sudah diberi peluang lebih dari 47 tahun memerintah masih lagi dalam ketegori negeri miskin di Malaysia, malulah kita sebagai rakyat Sarawak yang sanggup lagi memberi peluang kepada mereka yang ternayata gagal untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Sumber hasil galian,balak dan bumi kita subur tapi dimanakah perginya semua hasil tersebut???
Gambar Rajah 1 Beginilah keadaan jalan masuk ke Kampung Usaha Jaya, Tukau dimana jalanrayanya berturap, ada bekalan elektrik dan disebelah adalah Sekolah Rendah Kerajaan, Tukau . Memang jelas nampak ada kemudahan asas yang terdapat diluar kampong tersebut.
Gambar Rajah 2 Di sebelah kiri jalan masuk ke kampong tersergam sebuah Pejabat SUPP Ranting Tukau. Nampak gaya SUPP mengambil perhatian tentang masalah penduduk di luar kawasan kampong tersebut sehingga dapat membina Pejabat di luar kawasan kampong Tukau. Adak ah SUPP hanya membantu kroni2 mereka sahaja? Bagaimana pula dengan nasib penduduk kampong di belakang pejabat mereka?
Gambar Rajah 3
Sebelum Sebelum sampai ke persimpangan jalan masuk ke kampong tersebut terdapat tanda amaran “AWAS” supaya kita berhati-hati masuk kejalan tersebut. Jangan sampai ada kemalangan sebab didalam jalan kampong tersebut sangat bahaya bagi kenderaan kecil dan penunggang motor.
Gambar Rajah 4 Sebelum masuk ke kampung dipersimpangan jalan kpg Usaha Jaya terdapat sebuah papan tanda projek menaiktaraf Jambatan Kampung Tukau. Papan tersebut sudah lama berada di situ tapi sehingga kini projek membaiki jambatan dan jalanraya kedalam kampong tersebut masih belum siap sepenuhnya, Penduduk kampong terpaksa menggunakan jambatan sementara untuk masuk kedalam kampong.
Gambar Rajah 7 Sekarang dah masuk kedalam dan menyusur ke dalam kampong Usaha Jaya kita dah nampak keadaan jalannya yang berlobang dan berlopak.
Kita memohon agar projek-projek yang sudah dijanji berpuluh-puluh tahun yang lalu hendaklah ditunaikan dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampong tersebut. Bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, kami hanya membantu penduduk kampong tersebut menyuarakan masalah mereka yang telah berlarutan selama ini kerana tidak ada tindakan susulan oleh pihak yang berkenaan . Jangan biarkan perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil kerana penduduk Kampung ini juga ada hak untuk sama sama menikmati keselesaan hidup seperti kita semua . Pas berjuang untuk semua kaum tanpa memilih bangsa,agama dan fahaman politik. PAS Untuk Semua
Daripada PAS Kawasan Miri
bagi masalah "Jalan Kita Rosak" email terus ke aduan@jkr.gov.my
kalau x der respon email terus kepada Ketua Pengarah JKR
Dato' Sri Prof. Ir. Dr.Judin Abdul Karim email= Judin@jkr.gov.my
Tanggung Jawap dan kewajipan kerajaan BN memperbaiki dan memeriksa keadaan jalan raya dan keperluan rakyat kampung
Rakyat Kampung tidak ada bekalan eletrik mahupun talipon jadi bagaimana nak ber-email dan menalipon mengadu masalah kampung???
YB datang jenguk rakyat kampung 5 tahun 1 kali, bila dekat election baru nampak muka janji seribu, berlonggok batang paip dan kereta buldozer sibuk sodok2 tanah tepi jalan. Bila sudah menang batang2 paip dan kereta buldozer pun hilang lesap entah kemana??
maka rakyat Kampung pun jilat taik mata, isap hingus masin hinggalah 2011. Bila nak bangunkan Kampung, rakyat kampung diarah pindah duduk rumah teres milik YB.
HARAPKAN YB, YB HANTU TANAH
Kalau dah tau rakyat tidak ada letrik dan telefon....mintalah dgn PR
Pasti cepat dapat punya...!
Itulah krajaan bikin sekolah supaya anak2 kita tidak bodoh dan fikiran mundur dulu...kin...dan selamanya bodoh...
Sekolah ada...anak2 malas belajar...
Ponteng sekolah...
Beli ROKOK...
Beli GUM....
Beli BUKU...jauh panggang babi...
mana tidak terus BODOH...
Bila tengok orang alin maju..
Kita rasa ditindas...
Kita rasa ditipu...
Kita rasa dipinggir...
Kita rasa tidak dipedulikan
Kita rasa tidak ditolong...
Kita rasa 1001 salahkan orang lain
Salahkan bangsa lain
Salahkan agama lain
salahkan parti lain
Salahkan nyamuk kelambu ditunu..!!!
Salahkan dirilah po...
Kita salah dan BODOH...
APAI SALOI MODEN
Kemiskinan tidak akan selesai...
tidak pilih parti apa memerintah...
Usah cakap macam orang bodoh sombong
Mana negara dalam dunia ini tidak ada orang miskin...???
Walau bukan BN yang perintah...
Jangan membodohkan diri mengatakan pembangunan tidak ada...
Rakyat boleh nampak di mana2
Mata yang buta boleh tanya yang celik...
TUNGGUL TEBELIAN
" Dengan mengambil KDNK per kapita negeri ini yang berjumlah RM1727, kajian ini mendapati Kelantan berada di anak tangga yang terkebawah sekali"
"Pendapatan perkapita Sarawak pula ialah RM32,318 iaitu ke dua terbesar selepas WP Kuala Lumpur. Menurut EPU (2007) pula, pendapatan kasar bulanan isi rumah bagi Sarawak ialah RM3,349 mengatasi kedudukan sembilan negeri lain."
Betol ke PAS boleh meningkatkan taraf ekonomo Sarawak pulak?