Petikan dari Utusan Borneo
Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor
MIRI: Sikap tidak bertanggungjawab pihak industri di Desa Senadin membuang sesuka hati sisa industri dengan kuantiti yang banyak di tempat terbuka dan tepi jalan telah memburukkan lagi imej kawasan itu sebagai kawasan paling kotor di sini.
Datuk Bandar Lawrence Lai berkata, walaupun telah diberi amaran ataupun dikenakan hukuman, syarikat berkenaan seperti tidak takut dan degil untuk terus melakukan kesalahan sama.
Katanya, sebuah syarikat didapati mengulangi kesalahan sama walaupun telah diberi amaran ataupun didakwa ke-rana membuang sampah secara haram.
Syarikat berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 serta bayaran denda RM5,300 kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk melupuskan sampah berke-naan.
“Kita dapati 80 peratus sampah yang dibuang di Desa Senadin adalah sisa-sisa buangan industri. Kita dapati banyak tayar-tayar terpakai dibuang di tepi jalan dan tempat terbuka.
“Kebakaran tayar ini akan menyebabkan pencemaran udara serta boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” tegasnya.
Manakala 20 peratus lagi sampah yang dibuang berselerakan di Desa Senadin adalah bahan buangan daripada kawasan kediaman.
Sikap tidak bertanggungjawab itu dilihat semakin membimbangkan yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan menambah penularan jangkitan demam denggi.
Lawrence kecewa dengan sikap tidak peka penduduk terhadap aspek kebersihan yang akan membantutkan usaha MBM untuk menjadikan Miri sebagai sebuah bandar sihat dan hijau.
“Mereka (syarikat) seharusnya menguruskan sendiri sisa industri mereka dan tidak harus mengalihkan peranan itu kepada kita (MBM) hanya kerana mahu mengurangkan kos.
Ini kerana mereka tahu yang kita tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mengutip sampah di kawasan kediaman yang menyebabkan mereka membuang sampah di tepi jalan dan kawasan lapang,” jelasnya.
Menurut Lawrence, pada tahun lalu, MBM menguruskan sebanyak 55,747 tan sampah di seluruh Miri dengan anggaran 5,000 tan pada setiap bulan.
PS: Kemana perginya wakil rakyat Senadin dalam masalah ini, sepatutnya beliau dan pihak yang berwajib mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang bukan hanya membiarkan nama Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor di dalam bandaraya Miri. Sebab apa mereka tidak takut dengan pihak MBM? Adakah mereka ini ada perlindungnya??? Atau pihak MBM tidak menyediakan tempat khas untuk membuang sampah-sampah tersebut? Kalau ada tempat khas untuk pembuangan dan perlupusan sampah pasti perkara begini tidak terjadi, kemungkinan mereka membuang sampah disitu disebabkan pihak MBM tidak menyediakan kawasan pembuangan sampah. Kalau pihak berwajib tidak dapat mengambil tindakan tegas sampai bila nama Desa Senadin jadi Indah? Bah mari kita sama-sama tolong buang sampah dan wakilnya sekali agar nama Senadin jadi kawasan indah semula dalam bandaraya Miri, Pas & Pakatan sedia mengambil alih tugas tersebut, Bah apa lagik tunggu sokonglah PAS dan Pakatan Rakyat, Insyallah nama Senadin akan indah semula.
Mengapa Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kotor???
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
January
(28)
- Lee Kim Shim Berlakon Singgah,PAS Miri Terus Perba...
- Program Khidmat Masyarakat PAS Bintulu dan Pakatan
- Lawatan Najib ke Bakun Mengecewakan Penduduk
- The myth of BN proven track record
- Equal or lopsided opportunities?
- Dimana Politik Pembangunan Sarawak Pergi???
- Gurauan Semasa Untuk Pasangan Baru Kahwin
- Wong Ho Leng: Stand Together with Pakatan Rakyat
- PAS Miri Selami Permasalahan Mangsa Banjir
- BBQ Pemuda PAS Miri dekatkan PAS dengan Masyarakat
- Lawatan Taib ke Miri Disambut Kekecohan
- Wasting our tax payers money!!!!! MMC Must explain...
- First Our Trees, Now Our Oil – but still no Doctors!
- PAS Bintulu Anjur Khidmat Kesihatan di Kuala Tatau
- Another BN Bad Project
- Akibat Media Massa Malaysia Di Kuasai BN. Wartawan...
- Penderitaan Penduduk Tudan di landa Banjir Kilat
- Tanah Simpanan Pun Kena Rampas, Apa akan Terjadi D...
- YB Datuk Daud Abdul Rahman Takut Dengan PAS
- Pasar Malam Bakal Bergelap???
- Antara Reality Dan Fantansi?
- BN Gagal Menangani Isu Setinggan Di Miri
- Penduduk Kampung Tukau Menagih Janji BN
- Mengapa Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kot...
- BN Panic on PKR 40 Seats Target,SUPP demand for 18...
- Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Misk...
- Petrol Naik Di Awal Tahun 2011. Bila Lagi Kita Nak...
- Tahun Baru 2011 Masalah Pasar Malam Belum Selesai
-
▼
January
(28)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Banggang betul..
Mana ada kerja YB cuci itu kotor..
Dia sudah pakai pakaian bersih...
Mana mau itu macam...
Kotor punya pasal...
Itu YB kna cuci sama2 kah...
Mana tempat mau taruh itu YB macha??
Itu Pas n PKR boleh kasi bersihkah?
Macam mana mau kasi bersih?
Kasi tau sama rakyat juga..
1 Malaysia mau tau itu cara juga..
Kasi bagi undikah?
Itu macaham??? Betul???
Gua pikir ini macaham sajaklah
KASI CUCI YOU PUNYA OTAK!!!
MASIH KOTOR...