23 Jan,Ahad-Sebanyak 20 buah rumah disinggahi rombongan PAS Miri dan Pakatan Rakyat Miri diketuai YDP PAS Kawasan Miri;Haji Jofri dan SU Kawasan ,Arif ke perumahan terlibat sekitar DUN Senadin dalam kejadian banjir kilat minggu lalu.Ini lawatan susulan selepas lawatan pertama ketika banjir berlaku hujung minggu lalu yang menyaksikan lambatnya gerakan bantuan oleh pihak berkuasa. YDP Kawasan jelas hampa dengan kegagalan agensi bertanggungjawab yang lebih sibuk menguruskan rombongan Ketua Menteri yang hadir bersama isteri barunya di Miri daripada memikirkan mangsa banjir .

Penduduk yang dijumpai merasa amat kecewa dan mengulangi rasa marah akan sikap lepas tangan BN setiap kali banjir menimpa kawasan pendudkk sekitar DUN ini khasnya penduduk Bumiputera. Kebanyakannya yang merupakan pemindahan dari Kg Lereng Bukit,Dagang dan Wireless melahirkan rasa muak dengan janji YB BN yang dahulunya ketika memaksa mereka dipindahkan ke kawasan Kg Tudan ini tidak pernah langsung mahu membantu dari sudut urusan perparitan dan kemudahan keselamatan bagi menghadapi banjir. "Kalau rumah peniaga kaya di bandar pasti mereka segera uruskan perparitan,tapi kami disini hidup susah.Sudahlah barang naik,siapa yang nak bantu segala kerugian kami"keluh salah seorang mangsa.

PAS Miri turut menghulur bantuan sewaktu rombongan ini. Turut serta pimpinan Pemuda DAP,Michael Ding,Zulhaidah Suboh (PKR) dan pimpinan PAS Cawangan Tudan dan Desa Senadin.