4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula
Petikan dari Sarawak Update

Kotor, salah sebuah perkampungan setinggan di Tebingan Miri.

MIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.
Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000 penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara. Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina. “Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu,” katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu.
Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan.

Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah.
“Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut. Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan. Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan. “Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya. Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa. Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Media Pas Miri

BN gagal menangani Isu setinggan di Miri

Pas Miri sangat kesal dengan kenyataan YB Andy Chia dalam Sarawak Update tentang 4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula. Mengulas lanjut mengenai setinggan di kawasan Miri dimana beliau berkata,"kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah. " Apa maksudnya "kekurangan dana dan tanah."? Sarawak adalah sebuah negara yang luas tanahnya hampir seluas tanah semananjung Malaysia.

Adalah mustahil kerajaan Sarawak tidak dapat menempatkan para setinggan tersebut di suatu kawasan dimana mereka boleh membina hidup sendiri dengan hasil usaha sendiri seperti ladang perternakan,pertanian dan sebagainya seperti skim-skim penempatan semula yang terdapat di Semenanjung Malaysia ada Felda dan sebagainya. Kalaulah Sarawak ini kecil macam Singapore tiada lagi tanah untuk perumaham memang patut beliau bercakap macam itu tapi Sarawak tanahnya luas dan alasan kekurangan tanah sukar untuk diterima.

Kalau tiada peruntukan kemana perginya peruntukan untuk orang-orang miskin? Adakah dana-dana tersebut sudah digunakan untuk kegunaan lain oleh pihak-pihak tertentu maka peruntukan tersebut sudah habis.

Begitu juga tentang masalah tanah, adakah tanah-tanah di Sarawak sudah disimpan "reserve" untuk pihak-pihak tertentu sehingga rakyat sudah tidak dapat memiliki tanah sendiri? Ini persoalan besar yang perlu dijawab oleh pemimpin BN.

Kita berharap apabila Pas dan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak nanti perkara ini akan diberi keutamaan. Rakyat yang tidak memiliki tanah akan diberi secara skim atau projek sara hidup sendiri dimana mereka bukan saja boleh memiliki tanah tempat tinggal sendiri bahkan mereka juga mempunyai tanah untuk bercucuk tanam atau ladang ternakan sendiri dimana hasilnya akan dimiliki oleh penduduk dan juga kerajaan yang memerintah dari hasil cukai pendapatan mereka. Inilah yang dikatakan "win-win situation" dimana rakyat dapat menikmati hasil dan kerajaan pun dapat hasil daripada pendapatan rakyat.

Pas dan Pakatan Rakyat sentiasa perihatin tentang masalah rakyat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tanah sendiri. Insyallah bagilah peluang untuk membuktikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat boleh memerintah Sarawak dengan lebih baik lagi. PAS untuk semua.


Pas Miri Media Statement : BN fail to resolve squatter issue in Miri

Miri Pas really regret with the statement of YB Andy Chia regarding on the issue of reallocate of 4 thousands squatters in Miri by Sarawak Update. He told the Sarawak Update “the government need some time before able to reallocate all the squatter in Miri Division because of lack of funds and lands”. What did he means by “lack of funds and lands”? Sarawak is the biggest state in Malaysia where the lands is sufficient which is almost as bigger as Peninsular Malaysia.

It is unreasonable for Sarawak government cannot relocate the squatter at one place where they can survive and built they own living such as farming, planting and so on just like scheme ‘Felda’ in peninsular Malaysia. If Sarawak is as little as Singapore that make sense but Sarawak is wide enough and no reason to say not enough lands. If no fund allocated to the unfortunate where did the funds gone? Is it the funds have been used for other things or the funds have been insufficient or finish.

And also regarding on lands issue is it the lands in Sarawak has been reserved by someone where the people cannot apply or deserve it. This is the big question to BN leaders to answer to the people.

We hope that when Pas and Pakatan Rakyat able to govern Sarawak later they should prioritize the people first. The citizens should have their own land and place to stay and also for farming where their have their own income for living and also the government will also can have taxes from the citizen income. This is called the "win-win situation” where both parties have the benefit from their income.

Pas and Pakatan Rakyat always concern of the people problems and issues where they’re no place to stay and no land title. Insyallah give a chance to Pas and Pakatan Rakyat to rule Sarawak for a healthier place to stay. Pas for All.

Both statements in Malay and English