RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi
Jan 4, 11 7:13pm
Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

PS: Harga petrol Ron 97 naik lagik, lepas tok jangan heran pasti harga petrol Ron95 menyusul naik....jadi apakah rakyat Malaysia sanggup memilih BN lagik? Kalau sanggup bersedialah kita semua untuk menikmati kenaikan semua harga barang keperluan harian kita. Kalau tidak sanggup marilah kita sama-sama menurunkan BN dari takhta pemerintahan. Yang peliknya bila ada pilihanraya kecik adalah kenaikan harga petrol,kalau ada kenaikan petrol adalah pilihanraya kecik, baru bulan lalu ada pilihanraya kecik BN naikan harga petrol sekarang BN naik lagik. Bah mari kita mengubah cara hidup BN. Bagi sokong PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan umat.