ADA MULANYA HUTAN KAMI, KEMUDIAN MINYAK KAMI – TAPI NEGERI KAMI MASIH TIADA DOKTOR! Petikan dari Sarawak Report
Sumber asli negeri Sarawak yang banyak telah dikeringkan, tetapi kita sedar dan tahu bahawa kita tidak cukup peruntukan untuk mengupah seorang doktor untuk berkhidmat di klinik Belaga yang baru saja dirasmikan oleh Perdana Menteri pada minggu lalu! Berpuluh-puluh ribu penduduk Bakun yang telah ditempatkan semula mungkin tertanya-tanya mengapa keadaan ini boleh berlaku, sedangkan hutan hujan tropika seluas pulau Singapura telah ditebang dan dijual untuk mendapatkan keuntungan dari projek hidro elektrik yang mereka tidak perlukan.
Kemanakah kesemua wang itu dan bagaimanakah pampasan dan keselesaan hidup orang-orang ini seperti yang pernah dijanjikan sebagai balasan mereka dipaksa meninggalkan tanah-tanah asal mereka? Mengapakah Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sarawak, yang telah tiba dengan helikopter yang disambut secara meriahnya oleh rombongan yang dibiayai secara mewah untuk meraih undi daripada penduduk-penduduk yang dibelengu kekecewaan, masih tidak mampu mengupah seorang doktor untuk berkhidmat di situ?
Tiada wang untuk mengupah doktor tetapi terlampau banyak untuk majlis perkahwinan
Kami berharap kami akan dapat menimbulkan rasa malu supaya mereka renungkan semula. Mungkin mereka boleh menyimpan sesuatu dari majlis perkahwinan Taib yang dirancangkan secara bergerak ke seluruh Sarawak untuk memperagakan pengantin perempuannya yang muda itu? Memandangkan peruntukan untuk mengelolakan rantaian majlis-majlis ini yang dijangka akan dikelolakan di seluruh Sarawak, sebahagian kecil dari peruntukan itu dilihat sebagai mampu untuk mengupah seramai sepuluh orang doktor di Belaga selama sepuluh tahun dan juga untuk mengupah doktor-doktor di daerah-daerah lain juga!
Bolehkah Taib memikirkan dengan mengadakan majlis bergerak ini juga akan menunjukkan bahawa beliau tetap sihat dan cergas sehingga dia mampu mengahwini wanita muda akan mempengaruhi kemenangannya dalam pilihanraya nanti, sedangkan para pengundinya sejak dahulu lagi dibelengu keresahan memikirkan kesihatan anak-anak mereka, ibu-bapa mereka dan juga isteri-isteri mereka yang sarat mengandung? Adakah Sarawak Report sahaja yang akan mendapati bahawa majlis-majlis perkahwinan seperti ini dikelolakan oleh seorang yang telah lanjut usianya sebagai memalukan dan tidak sensitif atau peka pada keadaan di sekelilingnya?
Kami ingin menasihatkan para pengundi agar peka kepada beberapa siri-siri road show yang lain yang juga sedang diatur. Siri-siri road show ini dikelolakan oleh peguam hak asasi manusia Baru Bian, yang pernah memenangi banyak kes rampasan tanah-tanah NCR untuk orang-orang tempatan negerinya, dan kini juga mewakili sebanyak 200 komuniti berlainan di seluruh Sarawak, dalam usaha menuntut balik tanah-tanah yang telah dicuri oleh Taib dan parti BN-nya.
Baru Bian juga ketua yang baru bagi parti pembangkang dan dia bersama-sama dengan sekutunya SNAP dan DAP ingin mengembalikan tanah-tanah NCR yang telah hilang dan juga akan membayar gaji para doktor dan sekolah-sekolah dan jalan-jalanraya dan juga jana-janakuasa elektrik. Baru Bian bukannya seorang yang mencari kekayaan, oleh yang demikian, luangkanlah sedikit masa anda untuk menghadiri road show beliau dan lupakanlah pada sisa-sisa makanan yang dihidangkan kepada anda dalam majlis-majlis perkahwinan Taib itu!
Mereka mengambil pokok dan memberikan kamu sisa-sisa Majlis Perkahwinan! Kayu yang ditebang di Bakun dan di seluruh Sarawak tidak ada gantiannya dan ianya digunakan untuk membina rumah di Jepun dan China, perabot di Eropah dan juga untuk membuat kertas. Ia mampu menjana pendapatan berbilion-bilion ringgit.
Tetapi apakah kebaikannya terhadap orang-orang Sarawak? Sementara itu hutan belantara mereka sudah dimusnahkan sehingga menjadi padang jarak, padang tekukur. Warisan alam sekitar yang bernilai tinggi dan pengkalan data DNA yang boleamat kaya dengansumber bahan untuk kajian-kajian saintifik telah hilang begitu sahaja akibat kerakusan dan ketamakan Taib.Mengapakah sesetengah orang masih menganggap Taib itu bijak? Beliau tidaklah bijak untuk menyedari bahawa dengan merampas hanya sejenis komoditi di Borneo hanya mewakili sebagahian kecil kekayaan yang tinggal. Banyak keuntungan boleh dinikmati oleh orang-orang Sarawak jika hutan mereka diuruskan dengan bijak. Bagi mereka yang menganggap Taib itu bijak bermakna orang itu turut bersekongkol dengannya telah memusnahkan negerinya tetapi sebaliknya telah menjadikan dirinya kaya, mungkin orang yang terkaya di dunia.
Mereka ingat ini adalah bijak. Tetapi sebalik adalah suatu kejahilan dengan tidak menghiraukan kemarahan orang-orang Sarawak yang seterusnya akan bangun dan bertekad untuk merampas balik kekayaan itu!Kini Taib menyandarkan harapannya kepada isteri mudanya yang berketurunan Arab yang dihiasi barangan kemas yang bernilai tinggi akan mencairkan hati para pengundinya!
Bagaimana pula dengan hasil minyak kami?
Dengan hilangnya kayu-kayu dari bumi Sarawak, maka Sarawak Report kini boleh mendedahkan suatu arah yang amat merbahaya yang diambil oleh Taib untuk me9ncari kekayaan. Nampaknya beliau tidak akan meletakkan jawatannya selagi beliau belum selesai mengeringkan telaga-telaga minyak di perairan Sarawak. Rezab minyak negeri ini telah dikeringkan oleh Malaysia kerana beliaulah yang membenarkannya.Hasil dari rezab minyak Sarawak di laut dalam yang hasilnya boleh digunakan untuk menambahbaik negeri ini dengan membina jalan-jalanraya, hospital-hospital dan sekolah-sekolah untuk kegunaan rakyatnya telah dikeringkan oleh Malaysia dan dipam masuk ke dalam akaun-akaun bank ahli-ahli politik BN yang mentadbir negara ini sejak kemerdekaan – cuba kita bandingkan royalti 5% minyak kita dengan 95% yang dibawa keluar dari Sarawak.
Dalam laporan terakhir kita, kita dedahkan mengenai saki-baki minyak Sarawak, rezab minyak yang terdapat di perairan cetek kita, berada di bawah kawalan Taib dan bukti baru ini telahpun kita terima di mana beliau sekali lagi mempertanggungjawabkan kroni-kroninya untuk mencarigali minyak untuk kepentingan beliau. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa setiap ringgit dari kekayaan ini nanti akan kembali dan akan digunakan untuk mengupah para doktor yang berkhidmat di Sarawak?
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
January
(28)
- Lee Kim Shim Berlakon Singgah,PAS Miri Terus Perba...
- Program Khidmat Masyarakat PAS Bintulu dan Pakatan
- Lawatan Najib ke Bakun Mengecewakan Penduduk
- The myth of BN proven track record
- Equal or lopsided opportunities?
- Dimana Politik Pembangunan Sarawak Pergi???
- Gurauan Semasa Untuk Pasangan Baru Kahwin
- Wong Ho Leng: Stand Together with Pakatan Rakyat
- PAS Miri Selami Permasalahan Mangsa Banjir
- BBQ Pemuda PAS Miri dekatkan PAS dengan Masyarakat
- Lawatan Taib ke Miri Disambut Kekecohan
- Wasting our tax payers money!!!!! MMC Must explain...
- First Our Trees, Now Our Oil – but still no Doctors!
- PAS Bintulu Anjur Khidmat Kesihatan di Kuala Tatau
- Another BN Bad Project
- Akibat Media Massa Malaysia Di Kuasai BN. Wartawan...
- Penderitaan Penduduk Tudan di landa Banjir Kilat
- Tanah Simpanan Pun Kena Rampas, Apa akan Terjadi D...
- YB Datuk Daud Abdul Rahman Takut Dengan PAS
- Pasar Malam Bakal Bergelap???
- Antara Reality Dan Fantansi?
- BN Gagal Menangani Isu Setinggan Di Miri
- Penduduk Kampung Tukau Menagih Janji BN
- Mengapa Desa Senadin dilabelkan kawasan paling kot...
- BN Panic on PKR 40 Seats Target,SUPP demand for 18...
- Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Misk...
- Petrol Naik Di Awal Tahun 2011. Bila Lagi Kita Nak...
- Tahun Baru 2011 Masalah Pasar Malam Belum Selesai
-
▼
January
(28)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Mata dah butakah? Sik nampak Pembangunan merata-rata di Sarawak
Macam cakap orang bodoh!
Sarawak tuk luas,bukan keda Sungai Po...
nie lah dapat nyedia seorang doktor di setiap buah klinik...
pikir pakei otaklah...
jgn pkei kepala lutut...
Jgn sedap cakap...nak jadi hero!
Kenduri kawin pakei duit sendiri...
Siknya pinjam duit kita...
Nya yang nikah...kita org peduli apa????
Bini nya, bekas janda youkah???
Bagi Pas Miri,
Perjuangan anda maha suci
Tapi jgn silap buat perhitungan politik di Sarawak
Berhati-hatilah dalam perjuangan...
Jgn sampai bersubahat menjatuhkan saudara seagama kerana hendak berkuasa...
Skop dan manhaj dakwah begitu luas
Banyak contoh dan suri tauladan daripada para anbiya sebagai ikutan yang digunapakai dalam semua keadaan dan situai....
Berhati-hatilah dengan Sarawak Report....jangan terpancing
Tertelan umpan sakit nak luahkan
Kenalilah dalangnya
Jangan mudah terpedaya...
Saudara Seagama.
Mata dah butak kah?
Sik nampak Pembangunan merata-rata di Sarawak
Macam orang butak hati...siapa empun pembangunan di Sarawak tok?
Sengaja dibutak kah?
Orang-orang Sarawak banyak hanyut dinegeri Sendiri, makan siput/ terkoyong jepun nok ditanggok dalam parit, makan sayur kangkong/teratai dari parit, nangkap ikan puyu, keli dari parit, air saluran kumbahan jamban.
majoriti peniaga2 melayu sik ada kedei sendiri...menyewa..bila harga kedei dinaikkan..terpaksalah tutup kedei..sebab bukan bangunan lembaga ataupun milik kerajaan
Mata orang2 melayu Sarawak butak kah, hati butak kah?
Apa mauk dibangga dan diagung2kan pembangunan diSarawak tok? Boleh dihitung jari Melayu/Dayak Sarawak yang jutawan...majoritinya utangwan
kalau orang-orang Indon hanyut di negeri orang siklah dihairankan tapi orang-orang Sarawak sendiri yang hanyut di negeri sendiri..bangun dan sedar lah lagi wahai orang-orang Sarawak
MATA BUTA DAN RABUN....MALAM DAN SIANG SAMA AJAK...
"Orang-orang Sarawak banyak hanyut dinegeri Sendiri, makan siput/ terkoyong jepun nok ditanggok dalam parit, makan sayur kangkong/teratai dari parit, nangkap ikan puyu, keli dari parit, air saluran kumbahan jamban."
1.TOKLAH MINDA ORANG SARAWAK BODOH!
SEMUA JENIS MAKANAN DAN SAYURAN YG DISENARAIKAN ADA KHASIAT DAN KELEBIHANNYA...
2.FAKTA YG DIBERI LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL....ADOOO PAK UUT...!
MISKIN KEDAK IYA KAH ORANG SARAWAK?
MINDA KEDAK UMNO MADAH ORANG KELANTAN MISKIN!
DAH KENA JANGKITAN UMNO KAH???
PELIK JUA 'PAS SARAWAK 2x5=UMNO???
MACAM NIE MAU JADI JUTAWAN???
ANAK2 SEKOLAH MELAYU, DAYAK DLL
MALAS BELAJAR...
RAJIN MEROKOK...
RAJIN ISAP GUM..
HEBAT JADI SAMSENG...
JUARA PUKUL....
PEMINUM....
PENDADAH....
PENAJIS...
PENGOTOR...
BODOH....
BODOH....
BODOH....
DULU..KINI..DAN SELAMANYA...BODOH!
JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...
KITA SEMUA BERSALAH...
MUN ASYIK NAK SALAHKAN ORANG...
SAMPAI BILA-BILA AKAN HANYUT....
DAN TERUS HANYUT....
SAMPAI BILA2 ORANG YANG SALAH
DIRINYA AJAK BETUL!!!!
"Mata dah butakah? Sik nampak Pembangunan merata-rata di Sarawak
Macam cakap orang bodoh!"
Salam. Miak tok masuk terus alu nak madah orang butak. Sekda adab lalu. Mun kau nak kelaka pasal pembangunan, silakan. Tapi kau maok kelaka pasal pembangunan ya dari segi apa? Material atau sosial? Pembangunan merata-rata di Serawak? Kau tuk memang pandei molah lawak sampei aku mok terguling-guling di situk.
"Sarawak tuk luas,bukan keda Sungai Po...
nie lah dapat nyedia seorang doktor di setiap buah klinik...
pikir pakei otaklah...
jgn pkei kepala lutut...
Jgn sedap cakap...nak jadi hero!"
Sarawak memang negeri paling luas di Malaysia. Ya jak fakta yang kau berik kat situk betul. Hanya kerana Sarawak ya luas, lalu sik dapat nak berik seorang doktor setiap klinik di Serawak? Ya ajak modal kau? Fakta dari sine kau dapat yang Sarawak sik dapat nyedia doktor setiap klinik sebab Serawak tuk luas gilak. Alu sik tekaber Taib mok berik doktor. Nampak gilak kau tuk bodo sik dapat nak di tolong agik. Kau ya baruk kelaka makei kepala lutut. Dan mun aku mok jadi hero Serawak, salahkah? ada sesiapa (selain Taib) yang susahkah?
"Kenduri kawin pakei duit sendiri...
Siknya pinjam duit kita...
Nya yang nikah...kita org peduli apa????
Bini nya, bekas janda youkah???"
Dari sini kau tauk Taib ya makei duit sendirik? Kau tuk tukang simpan duit nya kah? Memang Taib sekda ngetuk rumah aku mintak pinjam duit, tapi kau sik sedar kah berapa banyak duit sedara Seserawak atau duit dari hasil Serawak yang masuk ke dalam poket Taib? Mun kau madah nya kaya, berapa gaji Ketua Menteri setahun? Lepas ya darab dengan berapa tahun dah nya jadi Ketua Menteri? Kau ada nangga kaum kerabat nya? Aku rasa sedara Taib mun nak di compare hartanya dengan harta kau, macam semut lawan godzilla. Pasal Taib nikah, mun aku peduli kau ada masalah kah? kau madah "kita org peduli apa????" Kau memang sik peduli sebab kau join sekaki, tapi aku memang peduli. Sebab bagi aku, umur Taib ya patut lebih ingat akhirat berbanding dunia. Sik akan selamanya kita akan menongkat langit di bumi.
"Bagi Pas Miri,
Perjuangan anda maha suci
Tapi jgn silap buat perhitungan politik di Sarawak"
Orang PAS Miri rasanya lebih pandei dari kau. Sidaknya sik akan samasekali molah silap untuk nyokong Taib
"Berhati-hatilah dalam perjuangan...
Jgn sampai bersubahat menjatuhkan saudara seagama kerana hendak berkuasa..."
Cewah saudara seagama. Tapi mun saudara seagama yang zalim ya memang wajib kita membetulkannya. Bukan tangga ajak pakei mata.
"Skop dan manhaj dakwah begitu luas
Banyak contoh dan suri tauladan daripada para anbiya sebagai ikutan yang digunapakai dalam semua keadaan dan situai...."
Sebab ngikut para anbiyalah sidak tuk bertindak. Bukan jadi pak turut macam kau. Contoh teladan para anbiya, AMAR MAARUF , NAHI MUNGKAR
"Berhati-hatilah dengan Sarawak Report....jangan terpancing
Tertelan umpan sakit nak luahkan
Kenalilah dalangnya
Jangan mudah terpedaya...
Saudara Seagama."
Terima kasih atas peringatan. Kamek orang dah tauk pun dalangnya. Matlamatnya sama macam kamek orang. Menjatuhkan pemimpin yang zalim seperti Taib. Noktah
Wallahuaklambissawab.
writer
Jepakohjepak.blogspot.com