Day The Orang Ulu Came to Town !Monday, February 21st, 2011 GMT
This post is also available in: Malay (From Sarawak Report)
They were ignored by the government-controlled press, of course, and moved on by the police, but a remarkable group of protesters made their way from the distant Baram River to central K L last week. They were speaking up against Taib's plans for the Baram Dam, which will destroy yet another huge swathe of Sarawak and displace tens of thousands more indigenous people from their forest lands. Organisers say there were around 30 people in total, including children. Some had made the costly journey all the way from the Long San area in the Baram River basin. One of the spokespeople, Willie Kayan, himself a Berawan, said that many of the affected tribes were represented in the small group.
"We were simple, poor people. Kenya, Kayan, Berawan, Malay and Iban. Sadly we could not raise enough money for any Penan to join us" he told Sarawak Report.
Interested - tourists and on-lookers were fascinated by the daring show of defiance
For these desperate people, who were so determined to get their message out, the journey involved an 8 hour ride on the back of trucks down the battered logging roads to Miri and then the flight to Kuala Lumpur, where they spent the following 3 days walking with their banners around the town. They protested outside the airport, in China town and through the streets and then came to the Central Market Place. There was plenty of interest and curiosity from on-lookers and tourists they told us, but the local media studiously ignored their presence.
Police harassment
On the other hand and not surprisingly the small group found themselves the subject of continuous scrutiny from Special Branch and plain clothes police who tracked their movements. This is why what they did takes courage for Sarawakians, because the consequences will be uncertain. When a crew from TV Selangor (the state which is run by the PKR opposition) did come to film them in the market place the police made their move. Both the protesters and the TV crew were rudely interrupted and pushed out of the area.
"The people in the market were very interested, they took pictures and asked us questions and took our leaflets" says Kayan "But then we were forced to go"
Interrogated by plains clothes police and then moved on
Desperate move
Start of the backlash?
The courage and desperation of the small group should not be under-estimated. But their gesture is a sign of big changes in Sarawak as the local people, who are normally shy and self-reliant, have started to react to the intolerable pressures of Taib's land grabs. There is no need for the Baram dam or indeed the 12 other dams that Taib plans to build with a loan of US $11 billion that has been offered by the Chinese, who are also providing the workers and engineering behind the massive project
.
In fact there is not even any existing requirement for the enormous Bakun Dam which is currently flooding an area the size of Singapore along the Rajang river. That project has already displaced 10,000 native people, who are suffering hardship and destitution in resettlement areas where they have no access to the food and products that once sustained them from the jungle. None of the promises that were made to these communities about better lives and prosperity in return for their lands have been fulfilled.
Now half a million other indigenous people are in fear of the same disaster befalling them as they are forced from their lands to make way for Taib. Might it be that the show of defiance by the people of Long San will be the beginning of the reaction against Taib. Till now he has strong-armed his way into grabbing huge areas of native territory for his own enrichment, but the vast extent of these latest projects indicates a greed that has grown out of control.
Getting too greedy – and getting found out
You need to stop Taib first!
Taib and his family and cronies stand to make billions from the dam mega-projects. This is why they build these white elephants that nobody needs and destroy the people's lands. However, it will be the people of Sarawak and their children who will have to find the money to pay back to China in their taxes and in their lands and resources.
The people of Sarawak are coming to understand what Taib has been doing to them and their country and to realise that his greed is getting worse the richer he gets. "When these people arrived in KL they were amazed at all the tall buildings" says Willie Kayan. "They asked me where did all the money come to pay for the Petronas Towers? and I told them this money came all the way from Sarawak from our oil and gas of Sarawak. They felt sad and angry and they took a lot of pictures".
What future?
The protesters from Baram took information to the people of KL, but they will also be bringing information back to their own people of Baram. Information about how under Taib Mahmud their country has been stripped of its resources and how while they live in desperate poverty that wealth has gone elsewhere.
APABILA KAUM ORANG ULU TURUN KE BANDAR!
Monday, February 21st, 2011 GMT - This post is also available in: English (From Sarawak Report)
Mereka ini diketepikan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh kerajaan, dan kemudiannya mereka mengambil ikhtibar untuk turun dari Hulu Baram dan menuju ke KL pada minggu lalu. Mereka bersuara menentang rancangan-rancangan Taib untuk membina Empangan Baram, yang akan memusnahkan sebahagian besar hutan hujan Sarawak dan seterusnya akan menempatkan semula orang-orang peribumi dari tanah-tanah hak mereka. Para penganjur mereka mengatakan seramai 30 orang ke semuanya, termasuk kanak-kanak. Ada di kalangan mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang agak besar bagi membolehkan mereka turun dari kawasan Long San di Lembah Baram. Jurucakap mereka, Willie Kayan, dari kaum Berawan, dipetik sebagai berkata, terdapat ramai kaum peribumi yang mereka wakili dalam kumpulan kecil itu. "Kami adalah orang-orang yang miskin. Kaum Kenyah, Kayan, Berawan, Melayu dan Iban. Sedihnya, kami tak mampu mengutip wang yang cukup untuk membolehkan kaum Penan menyertaI kami" katanya kepada Sarawak Report. Bagi orang-orang ini, yang telah bersungguh-sungguh menyampaikan mesej ke luar wilayah mereka, mereka telah mengambil masa 8 jam menaiki trak-trak melalui jalan-jalan syarikat pembalakan ke bandaraya Miri dan kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, di mana mereka telah berjalan selama 3 hari membawa sepanduk-sepanduk di bandar berkenaan. Mereka mengadakan rapat-rapat umum di lapangan terbang, Chinatown dan di jalan-jalanraya dan seterusnya di Central Market. Terdapat penonton-penonton dan juga para pelancong yang memerhatikan rapat umum yang mereka anjurkan itu, tetapi langsung tiada sebarang pihak media yang sanggup membuat sebarang liputan.
Kekerasan oleh pihak polis
Sebaliknya dan sememangnya telah mereka jangkakan, kumpulan kecil mereka itu telah diperhatikan dan diawasi oleh pihak Cawangan Khas dan anggota polis berpakaian biasa. Pada suatu ketika sekumpulan pemberita dari TV Selangor (sebuah negeri ditadbir oleh pembangkang PKR) cuba merakamkan rapat umum yang dikelolakan itu telah menyebabkan pihak polis mengambil tindakan dengan serta-merta. Kumpulan rapat umum dan anggota pengambaran TV berkenaan telah diarahkan bersurai secara kasar oleh pihak polis supaya meninggalkan tempat itu. "Orang-orang awam di Central Market telah menunjukkan minat mereka terhadap kami, mereka mengambil gambar kami dan bertanyakan soalan-soalan kepada kami dan mereka juga telah memperolehi risalah-risalah yang kami edarkan" kata Kayan "tetapi selepas itu kami dipaksa bersurai". Keberanian kumpulan kecil itu tidak sepatutnya dipandang ringan. Tetapi gerak-geri mereka adalah suatu petanda kepada perubahan yang besar di Sarawak sebagai orang-orang tempatan, yang biasanya kelihatan pemalu, telah memberikan reaksi kepada tekanan-tekanan melampau yang tidak lagi dapat mereka tanggung akibat rampasan-rampasan tanah oleh Taib. Empangan Baram tidak diperlukan, dan juga 12 buah empangan yang dirancang dibina oleh Taib dengan pinjaman modal sebanyak US$ 11 bilion yang telah ditawarkan oleh China, yang juga membekal tenaga pekerja dan kejuruteraan di belakang projek raksaksa itu. Sarawak Report amat yakin bahawa tunjuk perasaan dari orang-orang Long San itu mungkin sebagai petanda menentang Taib. Sehingga kini Taib telah secara berterusan merampas tanah-tanah yang luas milik kaum peribumi negerinya sendiri untuk menambahkan kekayaannya, tetapi projek-projek yang amat besar itu juga menunjukkan kepada dunia betapa tamak-halobanya tanpa dapat dikawalnya lagi.
Menjadi terlalu tamak – dan disedari ramai
Taib dan keluarganya dan juga kroni-kroninya sememangnya diketahui ramai, bakal memperolehi keuntungan berbilion-bilion dari projek-projek raksaksa empangan itu. Sebab itulah mereka merancang untuk membina projek-projek "gajah putih" itu yang tidak diperlukan rakyat dan memusnahkan tanah-tanah dan hutan-hutan di negeri ini. Sebenarnya, rakyat Sarawak sendiri dan anak-anak mereka yang akan berusaha untuk mencari wang bagi membayar China, dalam bentuk cukai dan juga sumber-sumber alam mereka. Kini rakyat Sarawak semakin sedar dan faham apakah yang Taib telah lakukan terhadap mereka dan juga negeri mereka di mana ketamakan Taib semakin menjadi lebih buruk selari dengan pertambahan kekayaannya. "Apabila orang-orang ini tiba di KL, mereka amat terpegun dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mereka lihat" kata Willie Kayan. "Mereka tanya saya dari manakah datangnya belanja untuk membiayai pembinaan Menara Kembar Petronas itu?" dan sebagai jawapan, saya katakan kepada mereka bahawa sebahagian wang itu datangnya dari negeri Sarawak, hasil dari gas dan minyak dari telaga di perairan Sarawak. "Mereka kelihatan sedih mendengar penerangan itu, dan mereka mengambil banyak gambar". Para penunjuk perasaan dari Baram itu telah membawa bersama-sama mereka segala maklumat kepada orang-orang KL, tetapi mereka juga membawa balik maklumat-maklumat kepada kaum mereka di Baram. Maklumat tentang bagaimana negeri mereka di bawah pemerintahan Taib Mahmud telah dikebas sumber asli dan bagaimana ketika mereka hidup dalam kemiskinan, kekayaan bumi telah pergi entah ke mana.
PS: Apalah malang sungguh nasib peribumi Sarawak sudahlah tanah dirampas dan sumber hasil negeri diambil untuk pembangunan di luar negeri Sarawak, kini tempat mereka pula akan dibina sebuah lagi ampangan (Hidro) untuk kepentingan pemimpin Bn dan kroni2nya bukan untuk kemudahaan rakyat tempatan seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin Bn dalam media massa mereka. Cuba kita fikir betul2 apalah faedahnya membina banyak empangan di Sarawak sedangkan empangan Bakun pun masih belum beroperasi sepenuhnya dan banyak menimbulkan masalah kepada penduduk tempatam di kawasan Bakun. Air sungai kekeringan dan penduduk tempatan terpaksa berpindah ke kawasan yang menyukarkan lagi kehidupan harian mereka seperti dulu dimana mereka dengan mudah mendapat mencari makanan dalam hutan seperti memburu dan menjala ikan dsbnya. Kalau peribumi Sarawak tidak mahu hidup menderita dan terus ditindas oleh penyangak, jangan bagi sokong Bn lagi kerena mereka harus sedar yang mereka selama ini telah ditipu hidup2 oleh pemimpin Bn yang tamak haloba dan yang gila kuasa sehingga sanggup mengorbankan nasib peribumi Sarawak semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri. Lihatlah sendiri berapa banyak tanah peribumi yang sudah dirampas oleh penyangak2 ini.
Bah apa lagi peribumi Sarawak nak tunggu jangan biarkan diri kamu terus ditindas dan dizalimi oleh Bn dengan terus setia dan menyokong mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Gunakanlah kuasa kamu untuk mengubah nasib diri kamu sendiri. Kita hanya ada suatu peluang untuk mengubah iaitu dengan mengundi PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti. Bah ubah sekarang dengan memilih parti yang berjiwa rakyat dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Jangan takut dengan ancaman Bn kerana kuasa mereka akan hilang apabila kita semua menukar Bn dan memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah baru dalam pilihanraya Sarawak nanti. InsyAllah kita pasti akan melihat perubahan apabila kita sendiri ingin perubahan yang lebih baik nanti. PAS For All.
0 Comments Received
Post a Comment