NASIB PENDUDUK TUDAN TERUS DIBELENGGU KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN
Sumber Berita dari NGO HAK Tanah Sarawak
Penduduk kampung sedang diberi taklimat dari pihak penganjur tentang masalah tanah yang dihadapi oleh mereka.
Miri, 6 Februari 2011- Nasib kira-kira lebih dari 50 keluarga yang mendiami di sekitar Kampung Tudan yang masih tidak mendapat hak tanah milik kekal semakin mendapat perhatian umum dan juga pihak NGO. Semalam, sebuah NGO yang baru ditubuhkan untuk membela nasib rakyat dalam isu tanah telah hadir untuk mendengar sendiri masalah penduduk kampung terbabit, Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK) telah mengadakan sesi aduan rakyat di kampung tersebut. Sesi aduan rakyat itu, diadakan bagi tujuan membantu pihak penduduk terbabit dalam membuat permohonan tanah dengan pihak berwajib. Penduduk di sekitar kampung tersebut, dilaporkan telah diarah berpindah secara paksa rela dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Canada Hill dan Kampung Lereng Bukit sejak enam tahun yang lepas. Pemindahan mereka yang dikatakan dibuat secara paksa itu tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya termasuk tidak mendapat pampasan yang adil. Tambah mengecewakan lagi, tanah lot penempatan baru yang diberikan kepada mereka di sekitar Kampung Tudan ini masih tidak mendapat status hak milik kekal sehingga sekarang.
Penduduk yang ditemui di majlis aduan rakyat semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan lembab pihak berkuasa tempatan dalam usaha membantu menyelesaikan isu tanah mereka.
“Pihak berwajib kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu kami. Lebih menghairankan, apabila ada golongan yang berpendapatan tinggi pun mendapat lot tanah di kampung ini, sedangkan pada waktu yang sama, kami golongan yang miskin masih tidak diberi lot tanah kekal” kata seorang ibu tunggal.
Penduduk terbabit juga jelas bimbang dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka bakal diarah pindah ke kawasan baru tidak lama lagi. “Kami bimbang akan diarah berpindah ke kawasan baru jika hak milik tanah kami masih tidak mendapat status hak milik kekal” ujar seorang lagi penduduk yang ditemui.
Menurut penyelaras Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat (HAK), saudara Arif yang ditemui semalam, tujuan penubuhan NGO tersebut bukanlah untuk menjanjikan tanah kepada penduduk, namun seketariat ini membantu penduduk terbabit membuat permohonan dan bertindak sebagai orang tengah diantara penduduk terbabit dan pihak berkuasa tempatan.
“Kami bukanlah wakil kerajaan, yang boleh menjanjikan apa-apa. Kami di sini sebagai pembantu dan penghubung antara penduduk terbabit dengan pihak berkuasa tempatan. Yang penting, penduduk bersatu dan berkerjasama dalam menjayakan permohonan tanah mereka” kata Arif yang ditemui selepas majlis semalam.
“Tanah Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan Hak rakyat Sarawak untuk mendapat tanah di negeri ini sepatutnya diberi keutamaan oleh pihak kerajaan. Kami akan mengadakan tindakan susulan dengan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit secepat yang mungkin di samping membantu penduduk terbabit membuat permohonan tanah mereka secara sah dan mengikut undang-undang. Kami berikrar akan membantu penduduk terbabit dalam usaha untuk mendapatkan hak tanah mereka” tambah Arif lagi.
Isu tanah Sarawak, yang sering kali dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih belum mempunyai penyelesaian yang sewajarnya sehingga hari ini.
PS: Sumber berita ini diterima dari pihak NGO Tanah Sarawak untuk diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan agar sesuatu tindakan boleh diambil dengan segera agar masalah penduduk yang terbabit diberi perhatian dan pembelaan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
Pihak PAS dan Pakatan Rakyat sedia membantu sesiapa saja yang menghadapi masalah tanah mereka agar usaha mereka selama ini untuk mendapat hak milik tanah sendiri sewajarnya sudah lama ditunaikan. Kiranya pihak kerajaan BN benar-benar membantu dan membela rakyat marhaan sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku lebih-lebih lagi Sarawak tanahnya luas seluas Semananjung Malaysia. Jangan menyusahkan rakyat dengan bebanan premium tanah yang tinggi dimana golongan miskin sukar sekali untuk mendapatkannya. Biarlah berlaku adil untuk semua. Jangan memberi keutamaan hanya kepada syarikat kroni2 saja sedangkan banyak lagi rakyat yang belum memiliki tanah sendiri. Bah kalau kerajaan BN sudah tidak mampu berlaku adil untuk rakyat berilah peluang pada PAS dan PAKATAN Rakyat pula untuk memerintah Sarawak ini. InsyaAllah pasti ada perubahan.
Penduduk Kampung Tudan Masih Lagi Menumpang Di Tanah Sendiri
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
February
(37)
- Keajaiban tuaian Yang Memberi Keuntungan Bagi Razi...
- Taib Terlibat dalam Skandal Kumpulan Sanyan?
- LINTAH BA MATA ENDA DIPEDA?
- 'Keusahawanan' Taib Di Miri - Rasuah Terungkap!
- Empangan Baram Bakal Memusnahkan Kediaman Penduduk...
- Polis Menutup Mulut Baru Bian Atas Arahan Orang At...
- Boleh Percayakah Cakap Pemimpin BN ni??? Harga RON...
- Apabila Orang Ulu Turun Ke Bandar Menuntut Hak Mereka
- Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak Bu...
- Samseng Berkuasa DI Bumi Sarawak!!!
- Pemimpin Umno/Bn Takut PAS Perintah Sarawak!!!
- Wang Peruntukan Hilang?
- SURAT TERBUKA KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN ...
- CM Yang Sombong Menempuh Maut Tanpa Memperdulikan ...
- Kampung Bakam Masih Mundur - Mana Janji Adun BN?
- Perutusan Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. - Preside...
- Mahkota Bertahta Permata Keluarga Taib
- Pakatan beri Tanah Pada Rakyat di Kedah,BN Rampas ...
- Dr Mahathir Mendesak Agar Pehin Sri Taib Berundur
- Satu Undang-undang Untuk Taibs Dan Yang Lain Untuk...
- PAS Dan PAKATAN Bersedia Menganti Pehin Sri Untuk ...
- Isu rampasan tanah di Sarawak
- Sarawak Menyembunyikan Data-data Kesihatan - Kemat...
- Mana Janji Kamu Dengan Rakyat???
- Dah Kaya Raya Pun Dapat Duit Raya, Yang Miskin Hid...
- Pemimpin BN Sarawak Pun Nak Tipu PM,, Apalagi Raky...
- Masanya Tiba Rakyat Bangkit Menagih Semua Janji-Ja...
- Penduduk Kampung Tudan Masih Lagi Menumpang Di Tan...
- Apabila Harta Awam Di Bolot Oleh Keluarga & Kroni ...
- Hasil Kekayaan Anak Buah CM Diragui!
- PAS Miri Chinese New Year Visit Showcase the spiri...
- Bomoh Dapat Ratusan Juta Saham Dalam Samling!!!
- PAS WISHING YOU A HAPPY & PROSPEROUS CHINESE NEW YEAR
- Penduduk Kampung Tukau Tagih Janji Pemimpin BN
- Tanah Adat Kamu Di Bayar Untuk Bomoh!!!
- 聶阿茲:丹州公正對待各族‧邀印裔參觀回教堂
- BN Menang Barang Naik!!!!
-
▼
February
(37)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment