ANG PAU UNTUK TAIB – BERJUTA-JUTA DALAM BENTUK WANG TUNAI!
Tuesday, February 8th, 2011 GMT This post is also available in: English
– Petikan dari Sarawak Report
Semasa perayaan Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, sumber dalaman telah mendedahkan bagaimana Abdul Taib Mahmud secara lazimnya mengeksploitasikan peluang tahunan itu untuk mencengkam para kroninya dari kaum Cina.
Kami telah menerima beberapa maklumat luarbiasa bagaimana Ketua Menteri mengunjungi kediaman-kediaman mewah kaum Cina di Sibu dan Miri setiap tahun, biasanya bersama-sama keluarganya untuk menerima cek-cek dan wang yang banyak daripada tuan-tuan rumah yang sentiasa merasa cemas.

Wang tunai untuk konsesi-konsesi
Rakan-rakan akrab Taib dari masyarakat keturunan Cina memang sudah tahu bahawa mereka harus membayar atau menjelaskan sesuatu jika mereka ingin terus menerima konsesi mengusahakan tanah dan hutan milik orang-orang asal. Dalam kes konsesi, menurut keterangan daripada seorang usahawan Cina yang memberikan keterangan terus kepada Sarawak Report, wang pendahuluan untuk Taib perlu dirundingkan dan dimasukkan terus ke akaun-akaun banknya di luar negara. Kemudian, rundingan akan melibatkan saham-saham dan kedudukan ahli-ahli keluarganya dalam syarikat yang telah menerima konsesi untuk menebang hutan atau membuka ladang kelapa sawit. Kemudian, bagi kes pembalakan pula Taib akan meminta potongan RM100 untuk satu ton, yang akan terkumpul sehingga berbillion-billion ringgit setiap tahun. Selepas itu wujud pula skandal penipuan, di mana pengeksport-pengeksport terpilihan dikehendaki membayar sejumlah wang yang besar. Namun, taukey-taukey ini sentiasa berada dalam keadaan putarbelit tradisi ang pow Cina, suatu bentuk eskploitasi yang kurang menyenangkan dan tamak.

Sampul-sampul merah

Tahun Baru sememangnya merupakan suatu musim di mana kaum Cina suka memberi hadiah-hadiah kepada golongan kanak-kanak dan rakan-rakan mereka, dan ini termasuklah sampul-sampul merah yang berisi wang. Kunjungan ke rumah kawan pada masa begini akan menimbulkan suatu perasaan mengharapkan yang baik diterima. Sampul merah berisi RM50 dianggap suatu pemberian yang amat murah hati. Tetapi Taib akan mempastikan dia mengharapkan ang pow yang lebih berisi dari itu jika dia sekeluarga yang terlibat! “Ketua Menteri akan berkunjung, beberapa tahun bersama-sama keluarga saudaranya Jamilah dan anak lelakinya Sulaiman dan anak-anak mereka akan diberikan cek-cek RM100,000. Pemberian-pemberian seperti itu selalunya disambut dengan tadahan tangan mereka seberas nyiru!” Seorang usahawan Cina terkemuka mendedahkan kepada kami bahawa Taib menerima pemberian sebegini sebagai haknya dan tuan-tuan rumah kaum Cina pula harus menurut permintaan jika mereka ingin disukainya. Sarawak Report difahamkan oleh usahawan berkenaan, bahawa amalan seperti ini adalah suatu bentuk serangan, kerana ianya adalah suatu pencerobohan ke atas kediaman mereka, tetapi mereka tiada pilihan lain. Seorang lagi usahawan terkemuka yang telah lama marah memberitahu kami, “ini merupakan satu cara untuk membuat kaum Cina tunduk kepada kaum Bumi, untuk menunjukkan siapakah sebenarnya ‘bos’ mereka. Ianya amalan yang bersifat tamak haloba dan sungguh menjijikkan”.

Si bomoh pula sebagai pembawa beg – jangan kurang dari satu juta, ya!

Kami juga telah diberitahu oleh beberapa sumber yang lain yang menyatakan bomoh yang dahulunya rakan karib Taib, Ahmad Su’ut telah bertindak sebagai pengurus perniagaan Ketua Menteri itu pada musim perayaan sebegini. Sumber itu menjelaskan kepada kami bahawa cara sedemikian adalah untuk mengarahkan setiausaha Taib menelefon seseorang taukey sehari sebelum kunjungan Taib untuk bertanyakan nilai ang pow yang akan diserahkan. Biasanya si mangsa tiada banyak pilihan, menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, bahawa “tidak kurang dari satu juta ringgit” aadalah dianggap memadai! “Dia (Taib) bukan hanya berkunjung kerana hidangan kami” kata satu lagi sumber. Setelah berkunjung seseorang usahawan Cina akan ditinggalkan untuk menunaikan sejumlah wang yang dijanjikan. Wang-wang kertas itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg disediakan untuk menunggu kunjungan Ketua Menteri. Menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, yang juga amat rapat dengan salah sebuah keluarga yang terkaya di sarawak:

“Taib datang berkunjung dan ‘menghormati’ rumah berkenaan, dan selepas itu akan meninggalkan bomoh dan pengawal peribadi tinggal sebentar. Sebaik sahaja Ketua Menteri telah bertolak maka tuan rumah akan menyerahkan beg yang berisi wang yang kemudiannya akan mereka bawa kepada Ketua Menteri!” Jelaslah, sifat buruk itu tidak seharusnya ditunjukkannya sebagai seorang Ketua Menteri, yang sudahpun seorang multi-jutawan. Namun, para pemerhati menganggap ketamakannya dan sikapnya yang begitu optimis itu yang menggerakkannya untuk telah mengambil segala peluang atas setiap perayaan di mana dia akan mendapat hasil. Kegagalan untuk menolak sebarang bentuk rasuah seperti ini dan keengganannya untuk berhenti menhisap sehingga sen yang terakhir dan juga sumber asli dari rakyat Sarawak mungkin membuktikan penghujung perjalanannya.

Pilihanraya pada pertengahan bulan Mac

Beberapa petanda yang menunjukkan bahawa Taib telah membuat perkiraan untuk mengadakan pilihanraya pada hujung bulan ini, kemudiannya ditunda ke pertengahan Mac. Agendanya untuk masa depan Sarawak, jika dia menang lagi, telah dapat dijangkakan. Mula-mula dia ingin mengganda kawasan ladang kelapa sawit dari sejuta hektar kepada dua juta hektar dan pelannya yang kedua adalah untuk memindah dan menempatkan semula serama 600,000 orang asli sebagai salah satu projek yang dia rancang untuk membina 12 buah lagi empangan seperti projek empangan Bakun yang berpotensi berbencana itu. Kerakusan seperti ini akan akhirnya menjadi petanda cukuplah rasa sabar orang-orang asal terhadapnya yang akan menampakkan penentangan terhadapnya. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh peguam NCR, ketua PKR Baru Bian tetap akan berjuang sehabis-habisnya untuk menghentikan malapetaka jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah dan mengembalikan tanah-tanah NCR yang telah dirompak balik kepada orang-orang asal yang berhak ke atasnya. PR juga berjanji untuk merampas balik wang dari Taib untuk membayar bekalan air, elektrik dan jalanraya kepada mereka. Sekarang para pengundi sudah kian faham akan pilihan mereka dan keyakinan Taib yang sentiasa menganggap dirinya boleh menakut-nakutkan rakyatnya dan meraih undi mereka akan terbukti tidak berkesan lagi. Sementara itu, para taukey yang ternampak nombor telefon Taib terpapar pada skirn telefon mereka untuk minggu-minggu yang akan datang akan mendiamkan diri pada musim Tahun Baru Cina 2011 ini, kerana jika tidak wang mereka akan hilang begitu sahaja kepada kepada Taib.

Taib’s Ang Pow – Millions in cash!
Tuesday, February 8th, 2011 GMT This post is also available in: Malay – From Sarawak Report
This year's lucky hosts? Taib lands with his new wife on the prominent Lau family in Sibu this weekend. The top Taib business cronies are the owners of the logging giant KTS. How much Ang Pow was paid this time to stay in favour?
As the Chinese New Year celebrations get into their stride, inside sources have revealed how Abdul Taib Mahmud habitually exploits this annual opportunity to further squeeze his Chinese businesses cronies. We have received extraordinary accounts of how the Chief Minister tours the big houses of Miri and Sibu each year, usually accompanied by family and grandchildren, in order to accept huge cheques and bags of cash from his dismayed hosts.

Cash for concessions
Taib’s favoured partners from the Chinese community know they must continuously pay out in kickbacks and shareholdings if they want to receive favours and concessions at the expense of the state and the ordinary people. According to top businessmen who have confided directly to Sarawak Report, an upfront cut for Taib himself must first be negotiated and paid into his bank accounts abroad. Next, the deal will also involve shares and positions for family members in the company which has gained the concession to cut wood or plant oil palm. In the case of timber, Taib also demands a further cut of 100 ringgit per ton, which adds up to billions of ringgit every year. After that there are the shipping scams, where chosen exporters again have to pay enormous kickbacks. However, the towkays find the perversion of their Chinese tradition of Ang Pow a particularly unpleasant and greedy form of exploitation.

Red envelopes
New Year of course is the time when Chinese like to treat their children and friends with presents and little red evelopes with cash. A visit to a friend during this period will hold the expectation that such a treat might be forthcoming at such a time. A generous gift would normally be a maximum of 50 ringgit. But Taib has made clear he expects bigger and better when he is the visitor involved!

RM 100,000 cheque?!
“The Chief Minister will turn up, some years with the families of his daughter Jamilah and son Sulaiman and the children will be handed cheques of RM 100,000. They are always readily accepted!” One prominent businessman has confided how the Taib’s accept these gifts as their right and the Chinese hosts know they must make the gesture if they want to remain in Taib’s favour. Sarawak Report has learnt that this practise is regarded as particularly offensive by the businessmen concerned, because it is an invasion of their homes and hospitality, but they have no choice. Another angry business leader told us ” this is just another way of making the Chinese bend low before the Bumis, to show who is ‘boss’. It is so greedy and disgusting”.

Bomoh is bag carrier – Nothing less than a million please!
We have also learnt from other sources that Taib’s once-favoured Bomoh, Ahmad Su’ut, has also performed a role in conducting the Chief Minister’s business on these occasions. The source tells us that the method is for Taib’s secretary to ring the Towkay about a day in advance to ask how much Ang Pow will be provided if Taib were to favour them with a visit during his New Year ‘progress’. The victim is left in no doubt, according to our insider, that “”nothing less than a million ringgit” would be considered acceptable! “He is not just coming for the cakes” our source explains.

Cowboy witchdoctor part-times as Taib's bag-carrier!
After the call the Chinese businessman is left having to make arrangements to draw the agreed sum of money in cash. The notes are then stuffed into a bag ready for the arrival of the Chief Minister. Our source, who is closely connected to one of Sarawak’s wealthiest families tells us: “Taib comes and makes his visit and ‘honours’ the home and then he departs leaving the Bomoh and a bodyguard behind. Once the Chief Minister has departed the host hands them the bag of cash and they take it on to the Chief Minister!” Clearly such obnoxious behaviour is entirely unecessary on the part of the Chief Minister, who is already a multi-billionaire. However, onlookers assume that his greed and opportunism drives him to take advantage of every occasion from which he can make profit.It is considered that this inabilitiy to say ‘enough is enough’ and his refusal to give up trying to suck each and every last penny from the people of Sarawak and their resources may well prove his final undoing.

Election pencilled in for mid-March
Chinese New Year celebrations in Sibu. Earlier this year the local people defied BN election rigging to throw out the Lau family candidate in favour of the Opposition Leader Wong Ho Leng. All the signs are that Taib has laid plans to call his election later this month to be held in mid-March. His agenda for the future of Sarawak, should he win, has now been clearly identified. First he plans to double the area of oil palm in Sarawak from one million hectares to two million hectares and second he plans to displace a further 600,000 native people as part of his project to build 12 more dams like the disastrous Bakun project. This rapaciousness may very well at last turn the patience of the long-obedient longhouse folk against him. The opposition PR coalition led by Native Land Rights lawyer, Baru Bian, have made plain they will prevent these disasters if they take power and they will give back the stolen land to the native peoples. They will also chase Taib’s stolen money to pay for water, electricity and roads for the people. Now the voters have a real choice, Taib’s confidence that he can always strike fear into the people and secure their vote may this time prove unfounded. Meanwhile, towkays who see the Chief Minister’s number appearing on their ‘phone screens over the coming week would do well to remain unavailable during New Year, otherwise their bank notes will surely be adding to the Taibs’ 2011 Ang Pow treasure trove!

PS: Sudahlah kaya diberi lagik ampau bertambah-tambah kayalah kita punya CM ni, bagaimana pulak dengan rakyat yang setia menyokong BN apa yang kamu semua dapat? Mungkin dapatlah sikit duit poket pakey beli air minuman dan makanan ya pun kalau sanggup datang ke majlis ajuran BN. Rakyat dan penyokong setia BN akan diberi air kotak dan sedikit makanan apabila mereka diarah untuk menyambut pemimpin BN sedangkan mereka jugalah yang jadi mangsa kerangkusan pemimpin BN dalam pengambilan tanah. Bertapa kayanya CM Swak udahlah kaya hidup penuh dengan kemewahan sedangkan ramai lagik rakyat yang setia menyokong BN terus dibebani oleh hutang dan hidup dalam kemiskinan. Tanah dirampas tiada tempat tinggal yang tetap seolah-olah hidup menumpang di tanah air sendiri. Kalau rakyat Swak masih sik sedar2 lagik tentang penipuan BN sik tau apa lagik mahu dipadah. Jadi apa tindakan rakyat Swak sekarang kalau mau hidup senang kenalah berubah sekarang. Biarlah kekayaan sumber negeri Swak kita rasai bersama bukan hanya untuk pemimpin BN dan kroni saja. Bah mari kita sama-sama memberi sokongan padu pada PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan umah. InsyAllah pasti ada perubahan kalau kita sendiri mahu perubahan. PAS untuk Semua