Alhamdulillah,hanya selang beberapa hari TPM Muhyidin menyatakan kegusarannya terhadap kebangkitan PAS di Sarawak,20 Feb 2011 menjadi satu tarikh bersejarah pemantapan posisi PAS dalam landskap politik Sarawak. Bertempat di Miri,lebih 500 penyokong PAS dengan lebih separuh kehadirannya adalah penyokong PAS bukan Muslim,hadir dalam program pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sarawak. Baik yang dari keturunan Penan,Kayan,Kenyah,Iban,Cina,Melanau dan Orang Ulu serta lain -lain duduk semeja dalam sebuah dewan yang cukup indah bagi membuktikan penerimaan penduduk Sarawak terhadap PAS.Program bermula dengan persembahan Tarian Singa oleh Pasukan Tarian Singa DAP Miri. Lebih menarik alunan bacaan Al-Quran diikuti Tafsir yang diperdengarkan memberi satu suntikan semangat pada petugas PAS Miri disamping diterima baik penjelasannya oleh penyokong Dewan Himpunan. Program pelancaran disempurnakan gilang gemilang oleh YB Ustaz Nasharudin Md Isa,Timbaalan Presiden PAS. Dalam ucapannya ,beliau mengingatkan Regim Taib Mahmud bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan kekuatan mana-mana kerajaan didunia,ini dibuktikan kejatuhan Regim Hosni Mubarak,yang kononnya berkuasa dan didalangi US,namun kebangkitan rakyat yang tertindas tidak lagi dapat dibendung. Iklim politik antara Taib dan Hosni ,yang mengaut keuntungan dan kekayaan sedangkan rakyat hidup merempat di bumi Sarawak yang kaya dengan hasil minyak,gas dan balak,menjadi petanda jelas akan kejatuhan Taib. Ucapan Ustaz Nasha mendapat tepukan gemuruh dari hadirin dan menjadi pembakar semangat petugas bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Miri dan seluruh Sarawak dalam PR DUN akan datang seterusnya PRU 13 kelak. Turut hadir ialah Presiden SNAP,Edwin Dundang,Dr Micahel Teo(PKR),Mdm Eunice Lim (DAP) dan pimpinan PAS Negeri iaitu Haji Adam Ahid,Pesuruhjaya PAS Sarawak ,Abd eddy(Ketua Pemuda PAS) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Encik Hu Pang Chow dan Encik Yeo(DHPP)