Elia geneid contoh belia sarawak yang menjadi kaya sebagai perampas tanah!
Thursday, February 3rd, 2011 GMT This post is also available in: English - Petikan dari Sarawak Report
[Hasil nukilan penulis undangan dari majalah Asian Tatler]
Semua kita ingin sama seperti usahanita dan pemudi elitis, Elia Abas/Geneid! Dia mungkin kelihatan seperti anak gadis yang gemar berpesta, tetapi Elia dalam usia semuda 20-an suatu ketika dahulu sudah mendapat status sosial yang tinggi dengan menceburkan dirinya dalam industri perladangan kelapa sawit, dan juga memiliki beberapa siri konsesi bernilai berjuta-juta ringgit! Tetapi, wanita yang tampak cantik dan hebat ini juga merupakan anak saudara Ketua Menteri Taib Mahmud dan oleh itu dia memiliki beberapa ciri (jika tersembunyi) menarik. Keluarga Taib sememangnya mempunyai ahli-ahli keluarga yang muda yang boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada kaum muda di negeri Sarawak ini, dengan menunjukkan kita cara bagaimana hendak merebut ‘peluang sama rata’ yang diberikan menerusi projek-projek kerajaan! Ketika Taib menyeru kepada semua kaum muda-mudi di kalangan rakyatnya untuk menunjukkan kekuatan dan inisiatif dan menambahkan usaha untuk keluar dari belengu kemiskinan, beliau harus merasa bangga kerana anak-anak saudaranya telah berjaya melalui jalan-jalan menuju ke arah kekayaan dan kemewahan,

Pesta-pesta ria yang akan merinduimu Elia!
Lebih mengkagumkan, Elia telah menjadikan dirinya sebagai wanita yang mewah, di samping mampu melibatkan dirinya dalam banyak pesta keramaian dan bergaul dengan ramai kenalan lelakinya! Elia telah melalui dua perkahwinan dan tiga pertunangan dalam masa dua tahun dan ini merupakan suatu perkara yang hebat dilalui orang perempuan muda sepertinya! Bolehkah Elia dianggap bertuah kerana dia memiliki kemewahan yang mampu dibayarnya untuk berpesta-ria? "Bekerja keras dan berpesta sepuas-puasnya" adalah cogankata yang Taib seru kepada anak-anak saudaranya sejak mereka masih kecil lagi! Apakah yang kita tahu mengenai perniagaan yang diceburi oleh Elia, dan bagaimana dia mengoptimumkan peluang yang telah diterimanya dan juga rakan-rakanniaganya yang lain? Dalam tahun 2008 Elia berjaya memeterai perjanjian dengan LCDA yang kebetulannya dikawal oleh bapa saudaranya, Taib Mahmud. Elia ternampak peluang, manakala orang lain adalah terlalu lambat dan malas yang akhirnya menyebabkan mereka tidak menyedari tanah-tanah masih ada untuk diusahakan! Sebenarnya Elia yang bermata helang itu telah menguruskan pembahagian hampir 10, 000 hektar tanah NCR dari orang-orang asal di kawasan Tatau di daerah Bintulu tanpa disedari atau diketahui oleh mereka! Elia telah bergerak pantas dan (diandaikan tiada seorang pun berminat ke atas tanah tersebut) maka dia telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM5.5 juta dari tanah tersebut. Nilai tersebut merupakan sebahagian kecil dari nilai sebenar dan Elia telah bersetuju bahawa pembayaran dilakukan secara beransur-ansur! Betapa bijaknya Elia berniaga!

Iban ‘bodoh’ untuk menyedari hakikat mereka ditipu!
Sarawak Report telah mengemukakan beberapa persoalan dan telah berjaya mengetahui bahawa tanah-tanah NCR milik masyarakat Iban di Tatau telah sebenarnya diukur dan dibahagi oleh Taib Mahmud pada tahun 1996. Apa yang kelihatan bodoh dan dungunya di sini adalah kemiskinan kaum Iban ini telah menghalang mereka mendapatkan khidmat seorang peguam untuk membawa kes ke mahkamah, jadi bagai manakah kita boleh menjangkakan bahawa mereka boleh merebut peluang seperti yang dikatakan Taib sebagai peluang yang ada di depan mata mereka sendiri? Pada minggu yang lalu, Taib dipetik sebagai mengatakan pengkritik-pengkritiknya sebagai ‘ketam’ yang hanya pandai mengkritik atau mencemburui kekayaan yang dimiliki oleh perampas tanah seperti anak saudaranya, si Elia itu, dan juga ahli-ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Taib telah membidas kritikan-kritikan ke atas kemewahan yang dikecapinya, dan kami percaya bidasan seperti ini akan beliau jadikan sebagai landasan ucapan-ucapannya semasa pilihanraya nanti. Kita ada seorang Ketua Menteri yang amat bijak – tahniah kepada kemewahan yang dimilikinya, dan kita ingin mengingatkan semua orang mengenainya dan bagaimana bijaknya engkau memperolehi semua ini! Sebaik sahaja orang-orang Iban telah kehilangan tanah-tanah mereka, Taib seterusnya menjualkan konsesi pembalakan kepada syarikat Borneo Pulp and Paper, yang menebang kayu-kayu hutan yang berusia 150 tahun (hutan yang dikatakan paling tua di dunia ini) dan menjadikannya pulpa dan keretas sahaja. Selepas itu, pada 2008 Elia dengan cepat-cepat merebut peluang untuk mendapatkan tanah itu dengan harga RM5.5 juta sebelum orang lain menyedarinya. Ya! Sebenarnya tiada seorangpun yang akan menyedarinya, kerana di ‘negerinya yang ada kesama-rataan’ Taib Mahmud lebih gemar menganugerahkan konsesi-konsesi secara tertutup … kepada keluarganya. Saudara Minda yang berasal dari Sungai Anap (iaitu anak kepada bekas Penghulu Jipun) merupakan seorang jurucakap bagi pihak kominiti rumah panjangnya yang telah kehilangan tempat pencarian disebabkan kawasan mereka didatangi pembangunan. Minda menyatakan bahawa dia amat terkejut apabila dia mengetahui bahawa Elia yang muda itu sedang memiliki konsesi ke atas tanah-tanah mereka. Menurutnya "Kami telah menerima sepucuk surat dari kerajaan British suatu ketika dahulu yang mengisytiharkan bahawa kawasan ini adalah milik kami, tetapi kerajaan sekarang mengatakan itu tidak lagi relevan. Pada mulanya syarikat telah datang dan membayar 4 orang ketua masyarakat untuk menutup mulut mereka, tetapi apabila mereka datang bersama-sama jentolak-jentolak mereka, kami telah membuat laporan polis. Perkara ini sedang dalam rundingan".
Kompeni Ikrar Bumi Sdn Bhd
Di antara 2008 dan 2009 Elia telah berjaya mendapatkan beberapa siri ‘lesen sementara’ to menukar seluruh kawasan itu kepada ladang kelapa sawit – dalam suatu perjanjian yang dimeterai pada bulan Mac tahun lalu. Lesen-lesen tersebut adalah sementara, kerana pada teorinya orang-orang tempatan yang ada NCR ke atas sesuatu kawasan itu harus dilibatkan dalam sebarang bentuk perjanjian mengenainya. Tetapi tiada seorangpun dari kalangan orang-orang tempatan itu menyedarinya – tidak memilik sebarang kehendak berniaga, atau boleh juga dikatakan sebagai kaum yang pemalas. Syarikat yang digunakan oleh Elia untuk mendapatkan tanah NCR yang luas itu dikenali sebagai Ikrar Bumi Sendirian Berhad. Secara kebetulannya, ianya didaftarkan di ibupejabat yang sama alamat dengan syarikat Parabena, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh ibunya, Raziah Mahmud, saudara kepada Taib Mahmud. Malah Taib sendiri memegang saham yang banyak dalam Parabena dan syarikat berkenaan telah menerima banyak tawaran untuk melaksanakan kontrak-kontrak kerajaan dan juga konsesi-konsesi negeri. Kami dapat menganggarkan bahawa anak-anak syarikat Parabena telah menerima keluasan tanah NCR seluas negara Brunei! Sungguh hebatnya keluarga Taib! Elia, yang sememangnya seorang yang masih muda mentah, maka individu yang melaksanakan tugas menguruskan hal-hal membosankan yang berkaitan tanah-tanah bagi pihaknya adalah Joanna Kho, yang sebenarnya setiausaha kepada ibunya. Kho telah meletakkan nombor telefonya sebagai nombor telefon utama untuk Parabena Sdn. Bhd. Pewaris segala-galanya di sini memang tidak diragui. Elia merupakan anak kedua Raziah, dilahirkan hasil perkahwinan Raziah yang pertama. Justeru itu, nama sebenarnya adalah Elia Abas, sempena nama suami pertama Raziah. Elia Abas merupakan seorang pengarah dalam Ikrar Bumi, seperti juga ibunya. Elia memiliki 998 daripada 1,000 saham di syarikat itu! Hebat, kan?! Kecergasan perniagaan Elia terus ditunjukkannya walaupun Ikrar Bumi hanya ada RM1,000 dalam bentuk modal, tetapi Elia berjaya memujuk bapa saudaranya, Taib Mahmud, jumlah modal tersebut boleh digunakan untuk membeli aset negeri yang bernilai RM5.5 juta dengan janji bayaran balik secara beransur-ansur pada masa akan datang. Kenapakah muda-mudi Sarawak tidak mengikuti jejak langkah si Elia yang cemerlang ini? Kita seharusnya merasa malu kerana dibelengu kemiskinan sedangkan Elia berjaya menjadikan dirinya kaya dan mewah!

Di manakah dia mendapatkan wangnya?
Walau bagaimanapun Elia masih perlu memeterai perjanjian dengan memindahkan tanah-tanah barunya untuk mendapatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit kepada sebuah lagi syarikat perladangan yang tulen yang dapat melaksanakan tugas-tugas seperti mengendalikan aduan-aduan dari orang-orang tempatan dan memulakan kerja-kerja menanam kelapa sawit. Anda pun tidak akan mengharapkan si Elia yang kaya itu akan mengotorkan tangannya untuk kerja-kerja bercucuk tanam di ladang! Biasanya, sebarang protes mengenai ‘lesen sementara’ yang dijual oleh orang-orang seperti Elia dengan mudahnya dikendalikan oleh pihak kedua. Mereka hanya perlu berbohong. Orang-orang tempatan akan diberitahu bahawa mereka tidak lagi berhak ke atas mereka dan lesen yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja di situ bukannya sementara, tetapi lesen-lesen itu berstatus penuh dan membenarkan kerja-kerja membalak dan membuka ladang kelapa sawit. Orang-orang tempatan yang bodoh terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak berhak menuntut sebarang pampasan walaupun seringgit-dua! Jika keadaan dibiarkan, maka para samseng akan masuk ke kawasan mereka dan polis pula akan menutup mata sehingga isu dapat diselesaikan. Begitulah perniagaan bagi anda, dan begitulah cara keluarga Taib merebut segala peluang yang ada. Anda mungkin mengkagumi betapa bijak dan pintarnya mereka, kan? Tetapi sebenarnya kita semakin merasa risau bagi pihak si Elia yang bergaya itu. Kini, dia seharusnya membasuh tangannya dan seterusnya menjualkan lesen kepada salah seorang dari penguatkuasa bagi mendapatkan keuntungan yang amat lumayan. Secara sulitnya, penulis udangan Sarawak Report dari Tatler telah dibiarkan berfikir kenapakah Raziah dan suaminya Robert telah terlalu lama membenarkan anak perempuan mereka itu mengaut keuntungan dan tiba-tiba menjauhkan dirinya dari mereka? Jika dahulunya proses jual-beli tanah-tanah sentiasa dilakukan dalam masa satu atau dua minggu! Atau mungkin Elia terlalu sibuk dengan persediaan-persediaan tiga perkahwinannya dua atau tiga tahun yang lalu? Atau, adakah keluarganya menghadapi beberapa masalah sejak kebelakangan ini? Atau mungkinkah mereka telah menghadapi kesukaran untuk mencari pembeli tanah-tanah mereka? Janganlah kita lupa, sejak kebelakangan seseorang akan berhadapan dengan pelbagai-bagai kesukaran dan dengan mudahnya dihadapkan ke mahkamah jika didapati ‘bermain-main’ dengan harta dan hak orang-orang asal.
Kini, segala-galanya sudah berubah dengan pantas. Dari hari ke hari keadaannya bertambak banyak berakhir di mahkamah, terima kasih kepada perjuangan-perjuangan yang dilancarkan oleh peguam pejuang hak asasi manusia seperti ketua PKR yang baru, iaitu saudara Baru Bian. Beliau kini sedang mengendalikan lebih 200 kes dan sudah mula menampakkan kemenangan menentang Kerajaan Taib Mahmud! Dan, sememangnya terdapat satu lagi masalah, iaitu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat ladang kelapa sawit gergasi yang ingin ‘berterusan’. Corak ini dilihat sebagai cara baru dan Tatler mengatakannya sebagai panas, panas, panas! Penebangan hutan adalah cara yang tidak lagi boleh diamalkan kerana dunia kini menyokong penghijauan! Dengan itu, membeli lesen-lesn sementara daripada keluarga Taib Mahmud yang sudah terkenal sebagai keluarga penjahat di dunia, tidak akan kelihatan baik pada laporan tahunan dan terpaksa melibatkan banyak penjelasan kepada pemegang-pemegang saham mereka dan juga pihak-pihak NGO! Lebih baik elakkan terlibat dengan keluarga tersebut! Lihatlah, pada minggu ini sahaja, si ibunya, Raziah, yang dituduh merampas tanah-tanah di kawasan Simunjan, Sebangan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan operasinya. Ini merupakan tamparan yang hebat kepada syarikat Quality Concrete Sdn. Bhd., yang telah membeli kawasan yang amat luas itu daripada Raziah. Mereka telah memberikannya kedudukan yang tinggi dalam syarikat mereka dan juga banyak saham kepadanya bagi menambah seri sempena perjanjian jual-beli dimeterai! Adakah kesukaran yang dihadapi oleh si Elia yang muda dan cantik itu mencari para pembeli tanah-tanah yang telah diperolehinya dari bapa saudaranya? Proses jual-beli mungkin dianggap mudah tiga-empat tahun yang lalu, tetapi kini tidak semudah itu!
Jangan pertikaikan kekayaan seseorang ‘pereka kekayaan’ seperti Elia!
Segala kesukaran yang timbul sejak kebelakangan ini di kalangan keluarganya telah menyebabkan Ketua Menteri terus berusaha untuk meyakinkan rakyat melalui ucapan-ucapannya bahawa kita harus MENGGALAKKAN sesiapa yang boleh mencipta kekayaan seperti apa yang dilakukan Elia adalah baik untuk kita semua. Di manakah kita tanpa perbelanjaannya? Bagai mana pula kerja-kerja menghidang makanan dan minuman sempena majlis-majlis keramaiannya dan berkemas selepas majlis-majlis, (dan menulis mengenainya)? Kita MEMERLUKAN kekayaannya! Taib juga runsing memikirkan sama ada keluarga sudah cukup mewah, dan bagi dirinya dan juga isterinya, mungkin pasangan itu menunggu kelahiran cahaya mata dari isterinya yang berdekad-dekad jauh lebih muda darinya. Berdasarkan sebab-sebab inilah Taib kini mula mengancam para hakim yang sedang mengendalikan kes-kes yang menentangnya dan juga mengancam untuk mengganggu-gugat profesyen mereka. Walau bagaimanapun, para hakim itu terpaksa mendengar penilaian-penilaian pihak mahkamah yang lebih tinggi dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain sekadar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Ini juga bermakna Elia terpaksa menghadkan dirinya menjadi isteri kali kedua. Tidak seperti ibunya, mungkin dia tidak mampu berkahwin kali ketiga.

PS: Kekayaan yang melampau hasil dari rampasan tanah-tanah NCR land merupakan perkara biasa berlaku dimana penguasanya tidak mengambil berat tentang masalah rakyat. Bagi penguasai yang zalim dan menyalahguna kuasa mereka langsung tidak memperdulikan nasib rakyat yang masih hidup dalam keadaan kemiskinan. Selagi ada peluang untuk mengambil tanah rakyat selagi itulah mereka akan sedaya upaya untuk melakukannya. Biarlah rakyat hidup dalam kemiskinan yang penting keluarga serta kroni2 mereka hidup dalam kesenangan, buktinya ada dihadapan kita. Sanggupkah kita melihat tanah-tanah kita dirampas begitu saja tanpa membuat sesuatu? Kuasa ditangan kita. Bah mari kita sama2 mengubah keadaan ini dari terus berlaku dengan mengundi PAS dan PAKATAN Rakyat pada waktu pilihanraya nanti.Insya-Allah pasti ada perubahan.
0 Comments Received
Post a Comment