Bersempena Tahun Baru Cina, PAS Kawasan Miri melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Miri dan Dewan Muslimat PAS telah menganjurkan ziarah muhibbah ke keluarga masyarakat Tionghua di sekitar DUN Senadin dan Krokop. Program ini bertepatan dengan slogan "PAS For ALL" yang telah diadaptasikan dalam perjuangan PAS selama ini.
Program bermula dari malam tahun baru Cina dengan sebaran sms "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat Miri khasnya yang menyambut perayaan tersebut.

Program ziarah Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee, Setiausaha DHPP Miri,Mr Yeo dan pimpinan Muslimat dan Pemuda Kawasan. Rombongan yang mulakan ziarah sejak tengahari sehingga waktu Asar disambut meriah dan penuh ceria oleh masyarakat Tionghua sekitar DUN Senadin dan Krokop. Lebih manis
lagi;program kali ini turut mendapat tetamu istimewa iaitu Dr Halimah Ali,Exco Kerajaan PR Selangor dari PAS ,yang merupakan anak jati Sarawak ,juga berbangsa Tionghua yang turut hadir di Miri bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan keluarga asal beliau di sini. Bagi Dr Halimah,program Ziarah sebegini menzahirkan konsep PAS for ALL yang lebih relevan dan mendahului konsep BN 1Malaysia. Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan pelbagaian,tambahnya lagi.Turut mendapat perhatian dalam Ziarah kali ini adalah keluarga miskin dan Ibu tunggal sekitar Kg Sealine yang turut menerima sedikit buah tangan dari rombongan Muslimat PAS kawasan Miri. Sebanyak 7 keluarga menerima bantuan
barangan keperluan.

Pada sebelah malamnya, PAS Kawasan Miri telah menganjurkan Sesi Taklimat "PAS Ganti UMNO/PBB" di Pejabat PAS Kawasan Miri. Dr Halimah ali dalam pengisian 1.5 jam menegaskan sekiranya di DUN Selat kelang ,yang selama 50 tahun BN tidak pernah tumbang,tapi akhirnya dirampas oleh PAS melalui kemenangannya pada PRU yang lalu,maka tidak mustahil situasi sama akan berlaku pada PR DUN Sarawak akan datang khasnya kerusi DUN Miri. Malah sejarah turut membuktikan kerusi DUN khasnya di Miri pernah tewas ketangan pembangkang. Beliau mengingatkan jentera khasnya DHPP dan Dewan Muslimat agar meneruskan program turun padang mendahului BN bagi memastikan maklumat dan dasar PR disebarluaskan pada rakyat disamping menunjukkan fakta kegagalan BN Negeri khasnya dalam mengurus tadbir ekonomi Sarawak yang mengakibatkan negeri yang
kaya ini,tapi rakyatnya antara yang termiskin di Malaysia. Secara simboliknya,beliau menegaskan bahawa Dacing(BN) kini sudah tidak lagi digunakan,malah disimpan dalam Muzium,tetapi peniaga lebih gemar menggunakan timbang elektronik yang berbentuk empat segi,dengan bulatan (PAS) ditengah.Jelaslah masa untuk rakyat memilih PAS sebagai
pilihan terbaik untuk kini dan masa hadapan. Secara sinis beliau menyatakan BN ..0,PAS/PR...1,disebabkan beliau lebih awal sampai di Miri sebelum PM Najib.


------------------------------------------------------------------------------------

In conjuction with Chinese New Year celebration,inline with "PAS for ALL" concept ,PAS Women Wings and PAS Non-Muslim Supporter jointly organised Chinese New Year Visit to several houses at DUN Senadin and krokop Area. Program begin with a night before the Chinese New Year,by circulation of SMS" "Gong Xi Fa Cai,Xin Nian Quai Le.Happy Chinese New Year from Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri.Yue Liang Dai Biao Wo De Xin(Moon Represents My Heart)" to all PR Supporters mainly for Chinese community.

The function also have a special guest ,YB Dr Halimah Ali, Selangor Exco,who is originated from Miri,and also a Tionghua who having a family visit here in Miri.Dr in his speech,mention PAS for ALL is the real concept tho show that ISLAM is respect all the religion and culture in this world. The concept is ahead and outshine the 1 Malaysia rhetoric which is fail to gain Chinese and Indian thrust in this Country as UMNO/PBB keep manipulate the race issues with recent Interlock case and TBH death.

Apart from CNY Visit,PAS also distributed some household items to
those needy mainly single mothers and old folks. about 7 family received the aids.
On Friday night, YB Dr Halimah Ali share with PAS Kawasan Miri Election Machinery on paper title " PAS Replaced UMNO/PBB" to showcase PAS plan and strategy to ensure that PAS will be the selection of the voters in next election to replace the corrupted government of UMNO/PBB. She highlighted ,as in her constituency DUN Selat Kelang, that she win with a thumping majority ,although the seat is so called BN Safe Deposit Seat,people has make the miracle. She mentioned that as the people already fedup with the abuse of power by BN and corrupt leader,the change shall happen.

She believe ,for Sarawakians,after 3 decade of Taib regim,BN shall be topple and People Power shall emerge as victorious. Tunisia,Egypt and Yemen spirit of people power definitely motivated Sarawakian people to deserve their rights. Time for Change has come,she reiterated.