Dr M: Taib jangan jadi Mubarak
Joseph Sipalan Feb 14, 11 7:13pm - Petikan dari Malaysiakini
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu.
Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat lalu ekoran demonstrasi selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.Abdul Taib pada minggu lalu berkata, beliau mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.

PS: Sekarang Tun Mahathir pun dah pandai mendesak agar Pehin Sri Taib berundur dari jawatan sebelum terjadinya peristiwa tragis yang berlaku di Tunesia dan Mesir dimana rakyat beramai-ramai keluar berdemostrasi mendesar agar pemimpin mereka yang korup dan menyalahgunakan kuasa meletak jawatan. Mungkin perkara ini belum berlaku di Sarawak tetapi apabila rakyat sudah hidup dalam keadaan terdesak perkara ini boleh berlaku. Oleh kerana pilihanraya Sarawak pun dah hampir menjelang tiba maka rakyat Sarawak masih ada peluang lagi untuk menukar pemimpin dengan cara mengundi. Kita berharap ini sajalah jalan demokrasi yang tebaik untuk rakyat menukar kerajaan Bn yang sudah lama memerintah kepada kerajaan yang lebih baik lagi demi kesejahteraan rakyat.


Kita juga mendesak agar SPR mesti berlaku adil dan berkecuali dalam menjalankan tugas mereka. Diantaranya kita minta SPR agar undi Pos patut dimansuhkan atau telus dimana undi tersebut hendaklah dikira terus di pusat pengundian dan di saksi oleh kedua belah pihak yang bertanding. Kebanyakan undi Pos sangat diragui sebab tidak telus dan menurut pengundi Pos undi mereka tidak rahsia kerana ada no serial yang boleh dikesan oleh pihak pemerintah tentang undi mereka. Kita juga minta SPR menggunakan beg undi Pos yang telus bukannya macam beg Posmen dimana kita tidak tahu apa yang ada dalam beg tersebut.


Mudah2an dengan adanya sistem dua parti BN dan PAKATAN Rakyat lebih menyakinkan rakyat untuk memilih parti yang boleh memerintah dengan lebih baik dan adil untuk semua. Bah marilah kita pakat2 memberi sokongan padu pada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Ini sajalah cara kita dapat menukar pemerintah dari kerajaan Bn kepada PAS dan PAKATAN Rakyat. Insy-Allah pasti ada perubahaan yang terbaik buat rakyat semua. PAS untuk Semua.