Bomoh Su’ut has Hundreds of Millions in Samling Shares – Exclusive
Thursday, February 3rd, 2011 GMT - From Sarawak Report
Nothing but a cowboy? - Sarawak Report has been sent this "Wanted" photo of the Bomoh Su'ut (white shirt in the middle)! Please could he present himself to explain all his money?










The profitability of the business of being a Bomoh has clearly been vastly under-estimated. Sarawak Report has now established that Taib’s spell-monger is in fact one of the wealthiest men in Sarawak! We can demonstrate that he personally owns hundreds of millions of ringgit of shares in one of the world’s biggest timber companies, Samling Global.Samling, which claims to be the world’s largest supplier of tropical plywood, began as a family company belonging to Yaw Teck Seng and his sons in Sarawak. However, after decades of close relations with Taib Mahmud it has expanded across the world. The company’s latest Annual Report states that its consolidated global assets are worth $1.3 billion USD (around RM 3 billion) and this is at a period of very low market value.The timber giant, which made its money cutting down the Sarawak rainforests thanks to the concessions granted by Taib, floated as a public company in 2007 on the Hong Kong Stock Exchange. However, just a few weeks ago the Norwegian Government banned any further investment in Samling, after investigations showed the company to be involved in illegal logging and environmentally destructive activities. There have been numerous complaints by native peoples across Sarawak over Samling’s greedy plunder of their lands.

Bomoh’s shares worth RM 300 million!
Our investigations show that most of the company is still owned by the Yaws with only just one other major shareholder registered as holding over 5% of the company’s shares in 2010. This major shareholder is none other than Taib’s own Bomoh!! Bomoh Ahmad bin Haji Su’ut is listed as the owner of 5.5% of shares in Samling Global with a total ownership of 225,592,070 shares, which he holds in the name of his company Tapah Plantations! Did he get these shares by magic?
Bomoh Ahmad Su'ut owns Tapah Plantations









Samling Global’s Annual Report 2010 confirms quite clearly the fact that Su’ut is the owner of 5.5% of the company. Furthermore, the documents produced at the time of the company’s stock market launch in 2007 make clear that the Bomoh held the same 225,592,070 shares at that time also. Shortly after the launch the value of these shares reached a high of around $100 million USD. In ringgit at today’s rate that is an amazing RM300 million!
Samling Global's 2010 Annual Report registers only on person apart from the Yaws as a significant shareholder owning over 5%. It is Taib's Bomoh Ahmad bin Su'ut!







What is the truth?
These are breath-taking facts, but many onlookers wonder if all maybe not quite as it seems? Such is of course the case with most magic tricks and spells, which are only an illusion! Could it be that the Bomoh is acting merely a distraction, a mirage, a case of smoke and mirrors to mask the genuine transaction that has taken place? In short could it be that the Bomoh is acting as a proxy to disguise another far more likely owner of these hundreds of millions of ringgit worth of shares?
Another Su'ut family home, with flash car outside - but are we talking 300 million ringgit status?








For many years this Bomoh acted as the well-known spiritual advisor and close confidant of the Chief Minister Abdul Taib Mahmud. He performed regular black magic on his behalf and his brother in law is a very close friend indeed of Taib’s sister Zaleha. In return the Chief Minister has rewarded him with lands and concessions, as we exposed in our previous article. So we think it is only fair to ask whether indeed the Chief Minister might also have entrusted this Bomoh with the role of ‘front man’ in the case of this share ownership? Sarawak Report has already exposed the Chief Minister’s habit of concealing his real ownership of shares by forcing the public owners to sign secret documents confirming that they are holding them in trust for him. We have documentary, signed evidence of this practise as his way of hiding his true ownership of hundreds of millions of dollars worth of property which is registered in the name of family members in the US. Could not the Bomoh have signed a similar document for his boss?

Some answers please
Since the whole state must be wondering at how such a lowly fellow as a spell-mongering Bomoh could have found the money to purchase such a vast shareholding in Samling, we turn to the circumstantial evidence. The Chief Minister is the person who over the last 30 years has exercised total control over the logging and oil palm plantation concessions which have been given to Samling. Is it really beyond the realms of possibility that these shares were a little ‘thankyou’ gift to the Bomoh’s master at the time of the company’s launch as a global public venture?
See Sarawak Report - $1 dollar Mansion

Sarawak Report already has evidence that two mansions in the United States passed from Samling to the Taibs. One of these transferred for the nominal cost of just US$ 1 dollar! Samling’s vast property holdings in the United Sates are also intriguingly linked to those of the Taibs. Certainly, if it is not the case we would like to see a public denial. We have for months now attempted to gain an explanation for the Chief Minister’s fabulous wealth, as displayed by his string of properties and possessions across the world and his extravagant lifestyle, but we have received no answer. Therefore we feel forced to turn to the circumstantial evidence and require that the obvious conclusions be either denied or considered as confirmed.

More proxies?
In fact the Bomoh is not the only major shareholder associated with the Chief Minister registered by Samling Global. As part of its legal obligations as a public company the Initial Public Offering procedures in 2007 forced the company to reveal two other names that will be familiar to the people of Sarawak. Hamad bin Sepawi, the Chief Minister’s cousin, who has been frequently favoured with land concessions at the expense of the natives as well as numerous top jobs and contracts in the state is one. Another is Wan Morshidi Bin Tuanku Abdul Rahman, whose family is closely linked to Abdul Rahman Ya’kub, the previous Chief Minister, who originally equally favoured Samling with preferential concessions. Both Sepawi and Morshide ‘owned’ 5 of the company at the time of the launch, whereas the Bomoh ‘owned’ 5.44%.
Top shareholders at Samling Global's Initial Public Offering in 2007







The Bomoh, as we have shown, is certainly is hugely well-off and enjoys a very comfortable life-style. But the level of wealth he displays does not match the vast ownership of Samling shares that are in his name. With Abdul Taib Mahmud however it is a different matter and his fabulous life-style was never achieved on the RM20,000 or so a month that he officially earns in his capacity as Chief Minister of Sarawak!
PS: Bomoh pun boleh jadi kaya raya bila taat kepada pemimpin yang zalim dan percaya pada amalan syirik ini. Sebagai umat Islam kita hendaklah menjauhi dan menolak pemimpin yang mengamal ajaran karut marut ini.

JANGAN BERI SOKONGAN TERHADAP GOLONGAN YANG ZALIM
Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Allah berfirman: Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Pendahuluan
Umat Islam menjadi umat terbaik di sisi Allah kerana mereka menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah.(Ali Imran 110) Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, dalam keluarga , bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri dari kejahatan dan kemunkaran justeru kemunkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat Kemunkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman , merampas hak orang ramai atau rakyat , menafikan kebenaran , menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid’ah dan palsu dalam politik dan budaya, memanjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihanraya umum dan lain-lain . Semua perbuatan tersebut iadalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak. Baginda bersabda: Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri.. (Hadith riwayat Muslim)

Bencana Kezaliman
Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri , keluarga ,negara dan masyarakat. Allah berfirman dalam Surah al Kahfi ayat 59: Perkampungan (negara ) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka.

Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam institusi keadilan yang zalim, undang-undang yang memperkasa kejahatan dan kezaliman, pehak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat.

Kezaliman mengundang kutukan Allah.
Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 18: Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. . Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk di adili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim.
Surah al-A’raf ayat 44 : Penghuni syurga berkata kepada penghuni neraka; bahawa kami telahpun menerima habuan yang dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami sebagai suatu yang memang benar . (kemudian mereka bertanya kepada penghuni neraka) adakah kalian juga mendapati benar apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian. Mereka pun menjawab; ya memang benar. Maka (ketika itu) berkemundang suara penyeru bahawa laknat dan kutukan Allah terhadap golongan yang zalim
Kezaliman mencelakakan manusia lain yang menghadiri atau menyaksikannya. Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut . Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka.


Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut:
Apabila manusia dihimpunkan pada hari kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim Allah berfirman ; Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini) ; demi kemulian dan kebesaranKu (pada hari ini ) tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratulmustaqim ini. Kemudian berserulah seorang Malaikat di pehak Allah (bertanya); Mana dia manusia penzalim berkenaan.? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut. Mana dia pembantu yang menajamkan pena (pensil) penzalim. (wartawan upahan). Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis ). Kemudian neraka berseru kepada orang mu’min: Wahai mukmin, ayoh segeralah kamu menyeberangi Sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri: Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi adalah dari golongan penzalim itu sendiri . Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit) Sifat cenderong menyokong kezaliman dan orang yang zalim samada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah.Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113: Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan

Kezaliman mencelakakan manusia di akhirat.
Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih disamping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong , sahabat dan penolong. Allah berfirman dalam Surah al Haj ayat 71
Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka).
Allah berfirman dalam Surah Mariam ayat 68-72 :
Demi Tuhanmu (wahai Muhammad) Kami akan himpunkan mereka semua dengan golongan syaitan dan akan Kami tampilkan mereka dengan melutut ditubir neraka. Kemudian Kami akan rentap (dan sentap) golongan penderhaka yang paling biadap terhadap tuhan yang Maha pemurah. Kemudian kami yang lebih tahu siapa yang lebih wajar dihumban dan dibakar di dalam neraka. Semua kamu pasti akan di bawa ke tubir berkenaan . Ini adalah ketentuan Tuhanmu yang azali dan pasti. Kemudian Kami akan selamatkan golongan yang bertaqwa (dari seksa neraka) dan kami akan biarkan manusia penzalim tersebut terbongkang di dalam neraka.

Kategori Penzalim
Kezaliman mempunyai berbagai kategori . Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah sepertimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Luqman ayat 13: Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putra beliau dengan katanya : Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah ) adalah suatu kezaliman yang amat besar.
Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampurbaurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah dan oleh syaitan dan taghut. Oleh itu manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilai mereka bercelaru , simpang prenang dan tidak menentu.. Pada ketika tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan.

Allah befirman dalam Surah al Nisa’ ayat 116: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepadaNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh.
Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah. Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beri’tikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat.
Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfriman: Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat) , malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam kaadan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih).

Menyembunyikan kesaksian yang benar atau Katmu al Syahadah apabila diperlukan..Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya. Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata. Allah berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 140: Siapakah yang lebih zalim dari orang yang menyembunyikan syahadah (kesaksian) yang diberikan oleh Allah kepadanya . Sesungguhnya Allah tidak pernah alpa terhadap apa jua perbuatan (jahat) kamu.

Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian seperti yang termaktub dalam Surah al Talaq ayat 2 . Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat tersebut. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadith baginda.: "…Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah."
Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syara’ adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini. Allah berfirman dalam Surah al Baqarah :283 : Siapa yang menyembunyikan kesaksian (yang benar) maka dia adalah insan berdosa.
FirmanNya dalam surah al-Maidah ayat 106: Kami tidak akan menyembunyikan kesaksian (kerana) Allah. (Kalau tidak) pastilah kami akan menjadi golongan yang berdosa.

Menjadi saksi palsu , menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara ini. Syahadatuzzur adalah suatu dosa besar dalam Islam."Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu (Hadith riwayat Bukhari)"Allah berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 19 Kesaksian mereka pasti akan dicatat dan mereka pasti akan ditanya (tentang kesaksian itu )

Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan
Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syari’atNya adalah suatu kezaliman . Allah berfirman dalam Surah al Maidah ayat 45: Siapa yang tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Dalam Negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun , Islam progresif, Islam moden dan sebagainya . Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatic kepada golongan zalim tersebut. Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya. Penyokong dan pendokong pembangkang selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu . Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lamatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan.

Rasulullah bersabda: Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak. Bantuan negara sering dinafikan untuk golongan penyokong pembangkang ini. Hak mengundi mereka dinafikan dengan penggubalan system pendaftaran pengundi yang bermuslihat.. Akibatnya berjuta-juta pengundi umat Islam tidak dapat ikut serta menunaikan kewajipan mereka membai’ah pemimpin sehingga berlaku kekurangan yang kritikal dalam nisbah majoriti umat Islam dalam negara Malaysia yang hanya tinggal 56%.. Apabila ditolak 3.9 juta pengundi muda Islam yang dinafikan hak mereka maka nisbah pengundi Islam mungkin menurun menjadi minority dari hanya sekitar 11 juta pengundi yang benar-benar layak dan berhak kini; menurut kenyatan SPR. Nisbah keseluruhan rakyat Malaysia yang berhak mengundi ialah 15.2 juta.

Memenjara , menghukum bunuh dan meyiksa orang tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata.
Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih.Rasulullah bersabda : Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (Riwayat Abu Ya’la).
Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikut :"Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya"
Kini berpuluh orang ditahan di bawah ISA tanpa dibicarakan atau diadili. Berjuta-juta ringgit dikaut oleh kroni dan keluarga penguasa secara terang-terang dan sembunyi. Kezaliman ini akan ditanggong oleh setiap orang yang menyokong dan mengundi kumpulan penzalim berkenaan untuk meneruskan kuasanya , walaupun mereka anak cucu nabi atau anak ulama tersohor.. Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis kezaliman seperti kezaliman ekonomi terhadap umat Islam dan rakyat umum dari berbagai bangsa dan agama. Dalam jawapan PM terhadap tuntutan HINDRAF - baru-baru ini dinyatakan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang lebih malang, miskin dan tidak terbela berbanding kaum India di Malaysia. Jawapan tersebut ditampilkan dengan peratus kemiskinan di kalangan orang Melayu yang lebih tinggi berbanding kaum India Demikianlah ; sungguh malang setelah sekian lama memerintah parti Melayu berkenaan masih gagal membela nasib umat Islam dan melayu di Malaysia. Sebenarnya senarai jenis kezaliman ini akan menjadi panjang berjela-jela jika hendak direntang dengan panjang lebar . Namun dalam kesempatan ini kami paparkan sebahagian daripadanya untuk menimbulkan kesedaran di kalangan umat dan rakyat Malaysia umumnya. Masanya sudah sampai untuk kita semua menamatkan era kezaliman ini dengan melantik golongan para pemimpin yang bertaqwa, beramanah, berintegriti dan ikhlas berjuang demi Allah untuk membela nasib rakyat termasuk umat Islam amnya dan juga rakyat Malaysia umumnya. Mari kita beramai-ramai melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang. Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar.