RAKYAT TAGIH JANJI SHAZIMAN ABU MANSOR!

Miri, 7 Februari 2011 - Rakyat Miri khususnya penduduk Bandar Baru Permyjaya, Pujut 7, Tudan hingga ke Kuala Baram masih menunggu projek ini. Lawatan kerja Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke Miri Oktober 2010 telah merungkaikan segalanya. Projek ini sepatutnya dilaksanakan bermula November 2010, iaitu meliputi pembesaran Jalan Pujut 7 ke Kuala Baram iaitu dari satu lorong ke dua lorong sepanjang 15 kilometer, penukaran bulatan Pujut 7 ke lampu isyarat serta melebarkan Jambatan Pujut 7. (klik disini)

Beliau sendiri turut memberi jaminan perkara ini;
RM120 juta bagi atasi kesesakan trafik ke Kuala Baram.
“Sebagai permulaan pada tahun ini kita akan membelanjakan RM30 juta manakala selebihnya untuk fasa seterusnya tahun depan.”

“Kementerian memberi keutamaan pada projek ini supaya boleh disiapkan dalam RMK10 yang mana kita percaya bahawa projek ini apabila siap kelak akan memberi banyak faedah kepada seluruh warga Miri khasnya pengguna jalan raya di kawasan Pujut, Tudan, Kuala Baram dan Senadin,”

“Saya difahamkan, jalan di ketiga-tiga kawasan ini dibina sejak 10 tahun lalu dan kini tidak mampu menampung jumlah penduduk yang kian meningkat. Keadaan sesak semakin buruk semasa waktu puncak iaitu pagi dan petang.”

“Sehubungan itu, saya telah merujuk perkara ini kepada bos Kementerian Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan agar projek ini disegerakan,”

Semalam Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dataran Kipas, Miri. Sepatutnya beliau memberi maklumat pembangunan kepada rakyat Miri khasnya perkara ini. Tapi, malang kepada pengunjung yang hadir apabila ucapan beliau berkisar pada politik semata-mata (klik disini). Rakyat tidak mahu dengar perkara ini, rakyat mahu janji ditunaikan, rakyat mahu projek pembangunan dan kemudahan prasarana dilaksanakan dengan segera setelah peruntukan diluluskan.

Jangan berjanji mengikut sedap mulut, selang beberapa bulan lori, jentolak dan jengkaut mengorek dan mengangkut tanah dan sehingga ke tahun ini tiada apa perkembangan dari projek tersebut. Papan tanda Projek Kerajaan juga tiada, yang ada cuma papan tanda syarikat pemaju yang hendak mendirikan rumah kedai.

Setiap hari apabila waktu kemuncak iaitu jam 6.00 pagi, 12.00 tengahari dan jam 5.00 petang, sepanjang jalan bermula dari bulatan Pujut 7 hingga ke Jambatan Pujut 7 mengalami kesesakan trafik yang amat teruk.

Kami menagih janji Datuk Shaziman Abu Mansor! Dan kepada YB Peter Chin Fah Kui, rakyat Miri sepatutnya 'happy' (klik disini) sekiranya Tuan selaku Menteri yang sering bersemuka dengan Menteri Kerja Raya dan Perdana Menteri setiap kali bermeyuarat kabinet atau di Parlimen menyuarakan perkara ini, tetapi Tuan gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

INGAT! JANGAN SAMPAI RAKYAT MUAK DENGAN JANJI-JANJI KERAJAAN!

masalahrakyat