Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau belum selesai
Gambar menujukan sebuah papan tanda Projek NaikTaraf Jalan Kampung Tukau yang sudah bertahun-tahun dipacak kat situ sehingga ditumbuhi lalang2 tapi jalan masih lagi teruk tanpa diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajib.
Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau,Jln Bakam masih menanti dengan penuh harapan dan kesabaran dengan janji-janji pemimpin BN yang kononnya akan menyelesaikan masalah mereka seperti kemudahan infrastruktur menerusi NKRA,iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara dimana kerajaan janjikan perkhidmatan terbaik dan tetap menjadi keutamaan bagi penduduk pendalaman. Mereka penduduk Kampung masih terkilan dengan janji janji YB untuk menaik taraf jalan tanah kepada jalan batu sepanjang beberapa km yang di anggarkan dengan kos RM350,000.00. Kebanyakan penduduk kampong tersebut bekerja sebagai pekebun dan rata-rata mereka bekerja sendiri. Permintaan penduduk kampong yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:-
1. Bekalan Api Elektrik yang dipohon sekian lama masih belum ditunaikan.
2. Bekalan Air Bersih yang sepatutnya disalur kedalam kampong masih belum lagi ditunai.
3. Jalanraya berturap dan batu belum lagi disempurnakan sepanjang jalan masuk kampong.
4. Kemudahan asas yang memudahkan penduduk kampong berhubung dengan orang luar.
5. Infrastructure yang masih jauh ketinggalan sepanjang pemerintah BN
Jalan Masuk kampong yang masih ketinggalan dari arus pembangunan. Jalanraya pun tidak berbatu jauh sekali hendak diturap, apabila waktu hujan sudah pasti menyukarkan penduduk kampong menjalankan urusan harian mereka sebab jalan becak dan berlumpur.
Sebuah rumah yang terdapat dikampong Tukau yang sangat daif dimana segala kemudahan asas masih belum disalur ke kawasan tersebut. Mereka terpaksa menggunakan generator untuk menerangkan rumah mereka diwaktu malam. Sudahlah harga petrol naik kena lagi menggunakan generator yang sudah tentu lebih mahal lagi kos penggunaannya. Di mana keperihatinan kerajaan BN 1 Malaysia terhadap penduduk kampong yang serba kekurangan begini.
Jalan masuk ke kampong Usaha Jaya yang masih lagi teruk belum berturap sampai sekarang penduduk kampong terpaksalah berhati-hati apabila waktu malam dan hujan lebat dimana kenderaan kecil sukar sekali untuk masuk kedalam kawasan perumahan mereka.
Penduduk Kampung Usaha Jaya Tukau yang rata-rata bekerja sebagai pekebun dan bekerja sendiri terpaksa menempuh jalan yang berlumpur dan becak ini setiap hari apabila mereka hendak ke kebun. Sampai bila lagi pihak berkuasa dan yang berwajib menjalankan tugas mereka untuk membantu meringankan bebanan penduduk kampong tersebut.
Salah seorang penduduk kampung berjalan menuju ke program pemimpin BN bersama penduduk. Penduduk kampong dengan penuh harapan berharap agar kali ini pemimpin BN akan menunaikan janji mereka yang telah janjikan dulu.
Pemimpin BN sedang berucap menjanjikan sesuatu kepada penduduk kampong Tukau usaha Jaya berapa bulan yang lalu. Kita boleh dengar sendiri rakaman video janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampong tersebut.
Kemana janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampong yang berharap sangat diberi kemudahan asas itu. Jangan bila dekat pilihanraya baru nak tunjuk muka dengan penduduk kampong ini bukan sikap yang baik, jujur dan amanah. Jangan pandai berjanji tapi sukar untuk menunaikannya. Jangan salahkan penduduk kampong apabila mereka hendak perubahan dan menyingkir pemimpin yang tidak jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
Penduduk kampong Usaha Jaya Tukau menagih janji pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka yang selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata kini adalah menaikkan taraf jalanraya kampong tersebut. Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalanraya yang berturap tersebut hendak diturapkan sampai ujung kampong. Cuma yang ada dijalan utama masuk kampong tersebut saja yang diturap dengan tar tapi itu pun separuh jalan saja. Penduduk kampong teramat kecewa dengan sikap pihak yang berwajib kerana mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan.
Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya Tukau menetap di situ sampai sekarang masih ada lagi yang belum mendapat ‘grant tanah’ atau ‘Land title’ sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan. Penduduk tempatan yang sudah lama menetap disitu sukar sekali untuk mendapat tanah sebagai tapak perumahan.
Kita mewakili penduduk kampong Usaha Jaya, Tukau memohon agar pihak berwajib segera melaksanakan tugas-tugas yang telah diberi amanah kepada mereka agar penduduk kampong Usaha Jaya, Tukau tidak ketinggalan dalam arus pembangunan di Negara ini. Kita juga meminta agar pihak yang berkenaan bertindak segera tanpa menunggu pilihanraya yang akan datang baru hendak bertindak. Kita mahu melihat penduduk kampong tersebut hidup dalam keadaan yang selesa dengan peruntukan asas yang telah dijanjikan seperti jalanraya yang bertar bukan hanya separuh-separuh jalan saja ditar. Kita tidak mahu apabila masuk kedalam kampong tersebut seolah-olah kita berada dalam zaman 40an dan 50an yang lampau. Laksanakan janji-janji yang telah ditaburkan selama ini.
PAS serta Pakatan Rakyat bersedia untuk membantu penduduk kampung yang tertindas selama ini dengan sedaya upaya walaupun dengan keupayaan yang terhad, kita berharap agar rakyat Sarawak sedar dan dapat menilai sendiri apa yang telah BN lakukan terhadap penduduk kampong dan rakyat Sarawak selama ini. Pemimpin BN hanya pandai berjanji tapi sukar sekali untuk melaksanakannya sedangkan mereka telah diberi peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk Infrastructure dan kemudahan asas kepada penduduk pendalaman serta tempatan. Dimanakah perginya peruntukan tersebut??? Satu persoalan yang sentiasa menjadi tanda tanya rakyat Sarawak selama ini.
Dengarlah sendiri sedutan rakaman video janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampung semasa membuat lawatan di Kampong Usaha Jaya beberapa bulan yang lalu (2010).
Adakah pemimpin BN yang sama akan datang sekali lagi ke kampong Usaha Jaya, Tukau untuk membuat janji baru semasa kempen pilihanraya DUN Sarawak nanti? Sudahlah janji-janji terdahulu belum ditunaikan ini pulak nak buat janji baru. Sampai bila pemimpin BN nak menunaikan janji-janji mereka dengan penduduk kampong setiap kali mereka buat lawatan? Tidak malukah kamu sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat tapi tidak dapat melaksanakan tugas anda dengan jujur dan amanah? Jadi fikir2lah wahai rakyat Sarawak usahlah lagi mendengar janji2 kosong pemimpin BN, apa yang perlu kita buat sekarang adalah perubahan yang nyata bukan hanya janji kosong.
Kalau pembangkang belum mampu menunaikan janji sebab mereka belum memerintah dan ada peruntukan tetapi kerajaan BN sudah lama memerintah dan mempunyai peruntukan yang berbilion-bilion untuk rakyat kemana perginya peruntukan tersebut???
0 Comments Received
Post a Comment