Pilihan Raya Kecil Hadiah kemenangan BN Di Tenang:RON97 naik 10 sen lagi
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini (1 Feb 2011) menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara. Sumber:M/Kini


PS: Begitulah sinonimnya apabila BN Menang Harga Barang Naik, Harga Barang Naik BN menang. Jadi sampai bila rakyat Malaysia nak sedar lagi hendak menurunkan BN agar kehidupan harian kita tidak dibebani oleh harga barang keperluan yang sentiasa naik.

Ya pasti menyusul selepas harga RON97 naik adalah RON95. Bersedialah untuk menghadapi kenaikan harga barang keperluan apabila BN menang lagi. Buat masa ini ditangguh dulu sebab ada satu lagi ‘election’ di Melaka. Apabila BN menang yang pasti Barang Naik.

Andaikata BN menang lagi dalam PR13 nanti sudah pasti harga semua barang keperluan harian akan naik lebih mendadak lagi. Sanggupkah kita menghadapi semua ini dan memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk menindas kita semua? Bagi pemimpin BN dan kroni2nya masalah barang naik tidak menjejaskan kehidupan harian mereka sebab mereka akan mendapat keuntungan diatas kenaikan harga barang naik tersebut. Sebab semua perbelanjaan harian mereka ditanggung oleh rakyat yang mengundi mereka, jadi apa mereka susah masalah rakyat janji hidup mereka senang. Bah apa lagi kita tunggu inilah masa untuk kita mengubah kerajaan BN kepada kerajaan baru PAS dan PAKATAN Rakyat dalam PR13 nanti. Insya-Allah pasti ada perubahan.