08 Feb 2011 (Selasa) - Satu lagi isu rampasan tanah berlaku di Sarawak. Kali ini berlaku di Sg.Bayar Hutang, Santubong. Satu sidang media diatur bagi menjelaskan perkara ini kepada wartawan hal berkaitan dengan isu ini di Restoran Chilli Pepper, Jalan Rubber Kuching Sarawak pada jam 10.30 pagi. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Sdr.Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat (LTPWPP), Hj.Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak), dan wakil penduduk Kg.Jaie, Batang Sadong yang mana tanah mereka dirampas iaitu Hj.Bujang B. Hj.Dawi dan Hj.Buyong B. Hj.Sahmat.

Menurut Hj.Bujang, tanah tersebut telah diusahakan sejak tahun 1945 oleh kira-kira 80 orang penduduk kampung tersebut yang melibatkan keluasan tanah berjumlah kira-kira 4 ekar. Tanah yang berstatus TOL itu bagaimana pun telah dipindah milikkan kepada sebuah syarikat iaitu Zelpoint Demak Jaya Sdn.Bhd. dan digadaikan kepada 2 buah bank (salah satunya Maybank) dengan nilai RM65juta.

Persoalannya sekarang, bagaimana tanah berstatus TOL dan mempunyai dokumen lengkap ini dengan mudah dipindah milik dan digadaikan sedangkan penduduk kampung yang mana pemilik tanah tersebut tidak diberi apa-apa notis. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini. Apabila ditanya mengapa kes yang berlaku dari tahun 2000 ini tidak dirujuk kepada pihak berkuasa? Hj.Bujang memberitahu bahawa beliau dan penduduk kampung yang terlibat telah berjumpa dengan beberapa orang wakil rakyat dan pihak berkuasa hal tanah di Sarawak namun sehingga sekarang mereka tidak diberikan jawapan tetapi hanya janji bahawa isu ini akan diselesaikan. Disebabkan muak dengan alasan demi alasan maka pihaknya tampil hari ini memohon agar Pakatan Rakyat (PR) dapat membantu mereka berkaitan isu ini.

LTPWPP menurut Sdr.Mazlan Aliman memandang serius isu-isu pengambilan tanah rakyat khususnya di Sabah & Sarawak.Ini kerana pihak kerajaan di kedua-dua negeri yang mana mempunyai kuasa penuh perihal tanah, telah melakukan tindakan sewenang-wenangnya untuk mengambil alih tanah-tanah ini, tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang telah meneroka & mengusahakan tanah-tanah ini sejak berpuluhan tahun lalu. Beliau juga mencabar Ketua Menteri Sarawak dan pimpinan BN agar jangan hanya menunding jari kepada negara- negara luar yang bergolak seperti Tunisia dan Mesir tetapi kena selesaikan masalah tanah rakyat di Sarawak. Bersesuaian dengan slogan ’Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’

PR dalam konvensyennya berlangsung baru-baru ini telah mengeluarkan Buku Jingga yg antara lain menggariskan tentang mengembalikan hak tanah rakyat di Sabah & Sarawak yg di rampas. Disamping itu menaikan royaliti minyak dari 5 % kepada 20 % jika PR diberi peluang memerintah Malaysia.

Pihak PAS Negeri Sarawak juga tidak akan berpeluk tubuh dengan masalah penduduk ini, malah akan bersama-sama penduduk untuk membuat laporan kepada pihak POLIS dan SPRM. Disamping itu juga PAS Negeri Sarawak bersetuju melantik Peguam Baru Bian mengendalikan kes ini. Satu tabung bagi membantu penduduk-penduduk ini menanggung kos guaman juga akan diwujudkan tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, PAS Negeri Sarawak telah menubuhkan Sekretariat Tanah Sarawak , bagi rakyat di Sarawak untuk menyalurkan isu-isu berkaitan tanah. Untuk tujuan itu, sesiapa yang mempunyai masalah, mereka bolehlah berhubung terus dengan Sdr. Fidzuan di talian 013-801 2296.

Di sidang media itu juga, Sdr.Mazlan Aliman mengumumkan akan diadakan satu himpunan besar-besaran yang akan dihadiri oleh pimpinan PR Pusat dengan sasaran seribu orang dari seluruh pelusuk Negeri Sarawak berkaitan isu masalah tanah yang akan dijadualkan pada 13hb Mac 2011 (Sabtu) di Kuching yang mana perhimpunan ini akan membentangkan beberapa kertas kerja dan seterusnya mencari resolusinya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, ketua menteri, ahli-ahli parlimen termasuklah Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.