Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu
author_photo("Stephen Tiong") Stephen TiongFeb 8, 111:02pm
Petikan dari Malaysia kini


Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka."Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN."Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN."Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung."Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk."Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.
Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya."Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.




PS: Kalau dengan big Bos pun mahu tipu apatah lagi dengan rakyat lagi lah mereka suka tipu. Beginikah pemimpin yang mahu kita pilih jadi wakil rakyat. Sudahlah suka berjanji dan menipu pandai pulak nak kelentong big bos supaya dapat dipilih lagi dalam pilihanraya akan datang. Harap kali ini rakyat Sarawak benar2 sedar siapa sebenarnya pemimpin BN yang mereka pilih selama ini. Bah apa lagik jangan bagi peluang pada BN perintah Sarawak lagik cukuplah dah hampir 50 tahun BN perintah tapi apa yang rakyat dapat. Bagi peluang pada PAS dan PAKATAN Rakyat memerintah Sarawak secara adil dan saksama. InsyAllah pasti ada perubahan.