"Saya dan Jabu sedia berundur jika ada pengganti:" Taib
by Jessica Jawing. Posted on February 11, 2011, Friday - Petikan dari Utusan Borneo Online
BETONG: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua.
RASMI: Taib memerhatikan Jabu memukul salah satu peralatan muzik tradisional kaum Iban, ‘engkerumong’ semasa merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Sarawak Bahagian Betong di Betong, semalam.
“Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami.., kami mahu tapi kami tidak akan melepaskan kuasa jika tiada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak,” demikian tegas Taib. Ini kerana katanya, dalam usaha membangunkan sesebuah negeri terutama seperti Sarawak, ia amat memerlukan golongan yang berpendidikan dan bijak agar pembangunan negeri terlaksana dengan baik.
Kenyataan Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan timbalannya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang bersedia untuk melepaskan kuasa seperti yang tersebut dalam akhbar tempatan ternyata seperti orang yang tidak sedar diri dan angkuh. Hanya mereka berdua saja yang mampu perintah Sarawak yang selain mereka semuanya kurang pandai. Ini juga menunjukkan yang mereka berdua tidak yakin akan pemimpin BN yang ada sekarang untuk menganti mereka. Alasan mereka hanya akan melepaskan kuasa jika ada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak. Mereka berdua juga mengatakan bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan untuk menggantikan mereka berdua. Kalau itu alasannya maka ini menunjukkan dan mengesahkan apa yang kita katakan selama ini memang betul bahawa pemimpin BN Sarawak sekarang bukannya baik atau pintar serta bijak dan berpendidikan untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak
Maka tiba masanya untuk rakyat Sarawak menukar terus semua pemimpin BN yang ada sekarang dengan kepemimpinan yang baru yang lebih baik lagi serta jujur dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat atau pemerintah. PAS dan PAKATAN Rakyat bersedia untuk mengantikan BN bukan saja Pehin Sri bahkan semua pemimpin BN yang ada sekarang. Pemimpin BN hendaklah bersedia untuk berundur atau bersedia untuk melepaskan kuasa masing-masing dalam pilihanraya nanti kerana Pehin Sri sendiri pun sudah tidak yakin dan percaya akan kebolehan pemimpin BN sekarang untuk menganti beliau apabila beliau melepaskan jawatan dan kuasa nanti. Sepatutnya pemimpin BN Sarawak terasa malu dengan kenyataan ketua mereka yang mereka bukanlah baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak
Bah mari kita semua rakyat Sarawak bersedia untuk mengubah kerajaan BN sekarang kepada kerajaan baru dari PAS dan PAKATAN Rakyat. Insya-Allah pasti ada perubahan kalau kita melakukannya bersama.
0 Comments Received
Post a Comment