Program Membaiki Rumah Penduduk Miskin DUN Senadin oleh Dewan Pemuda PAS minggu lalu disaat YB (yang bakal tamat tempohnya )bagi DUN Senadin,Lee Kim Shim cuma berlakon menjiwai masalah rakyat di Kuala Baram berbanding kesungguhan anak muda PAS Kawasan miri dalam gerakerja kebajikan membaiki rumah fakir miskin.

Salah seorang penduduk TiongHua tempatan yang hadir sempat secara tebuka menyatakan "this PAS youth is really real and serius ,not like YB Lee ;just merely act". Gerakerja bermula Sabtu telah mendekatkan Pemuda PAS dengan warga pendudk Kg Tudan dalam DUN Senadin.

Menyedari peranan PAS sebagai parti yang mengutamakan kebajikan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPP Miri) mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan masyarakat di Bandaraya Miri. Menurut Ketua Pemuda PAS Miri,En Wan,PAS Miri komited dan prihatin membantu masyarakat setempat mengecapi kehidupan yang lebih sejahtera. Walaupun kerajaan BN telah lama memerintah, namun rakyat Sarawak masih lagi ketinggalan dan hidup dalam serba kekurangan.

Katanya lagi Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T.:"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada jalan Allah dan melakukan amal kebajikan, dan berkata sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam”.(Surah Al-Fussilat : 33)
Selain program membaiki rumah usang,PAS Kawasan Miri cawangan Senadin dan Tudan turut menyampaikan bantuan Banjir sekitar DUN Senadin.Turut serta adalah Setiausaha Kawasan ,Mohd Arif dan pimpinan Cawangan Senadin dan Permyjaya.